SELAMAT DATANG..... WELCOME..... AHLAN WA SAHLAN ..... 欢迎光临..... வரவேற்பு..... BIENVENUE..... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG KAMI

Friday, 19 December 2014

BEBOLA IKAN YANG KENYAL

Cara Proses Bebola Ikan / Fish Ball...


Bahan Utama
1 kg ikan tenggiri segar1 sdt garamsecukupnya1 sdt serbuk lada putih6 sudu besar tepung jagung4 sudu kecil tepung ubi120 ml air/ secukupnyaSedikit Serbuk perasa jika sukaais secukupnya atau air sejuk daripada peti ais

Cara Proses
1)      Ikan disiang dan dibasuh bersih. Lap kering dengan tisu dapur.
2)      Potong ikan kepada beberapa bahagian.
3)      Kopek kulit ikan dan asingkan tulang-tulangnya
4)      Boleh juga belah ikan memanjang dari belakang kepala ke ekornya.
5)      Kemudian keruk isi ikan dengan menggunakan sudu.
6)       Gunakan pengisar kering dan kisar isi ikan.
7)      Boleh juga cincang isi ikan dengan pisau di atas papan pemotong kayu sampai halus dan betul2 lumat.
8)      Masukkan isi ke dalam besen. Masukkan tepung jagung, tepung ubi, serbuk perasa dan air sejuk sehingga sebati dan kenyal .Gaulkan garam dan serbuk lada putih pada isi ikan Basahkan tangan dan kaup isi ikan.9)      Angkat dan balingkan semula ke dalam besen. Balingkan isi ikan itu.
10)  Kaup, angkat dan balingkan isi ikan sebanyak kali yang boleh.
11)  Buat sehingga isi ikan menjadi sebati, lembut dan licin berkilat.
12)  Kalau tak larat, gunakan mixer dengan cangkuk untuk menguli doh.13)  Bulat-bulatkan dgn menggunakan sudu kecil.
14)  Jika ingin guna tangan, celupkan tangan ke dlm air terlebih dahulu ambil secubit pes tadi bulat2 kan sehingga habis.
15)  Bebola yang dibulat-bulatkan tadi rendamkan dalam air sejuk bercampur ais. Atau air sejuk darpada peti sejuk.Rendam selama 1/2 jam.16)  Didihkan air, masukkan fish ball kemudian rebus sehingga fish ball timbul dipermukaan seketika bolehlah diangkat dan  disimpan dalam freezer





Ini dia Mixer ..






Cara buat bebola yang cantik guna tangan. Basahkan tangan duu

Wednesday, 17 December 2014

WARNA HIDUP KU

HIDUP PENUH WARNA WARNI...


Apabila Allah swt bersumpah dengan Masa.. Demi Masa , sesungguhnya manusia itu sentiasa rugi, kecuali empat jenis manusia..iaitu

1. Manusia yang beriman dengan sebenar-benar iman, beriman kepada Allah pemilik alam semesta ini. Allah yang esa, Allah yang tiada persamaan dengan makhluk, Allah yang tiada tandingnya.

2. Manusia yang beramal soleh, melakukan ketaatan kepada pencipta yang agung. Allah Rabbul Jalil. beramal berdasarkan apa yang disuruh dan apa yang dilarang kerana alam ini milik Allah. Allah lah yang menentukan bentuk amal soleh yang dikehendakinya. Semua itu Allah dah ajarkan mausia melalui Rasul-rasulnya sejak zaman Nabi Adam sampai kepada Utusan terakhir Nabi Muhammad saw. 

3. Manusia yang berpesan , saling mengingat, saling bantu membantu dengan nilai kebenaran. Nilai yang ditetapkan oleh Allah juga. Manusia sekadar hamba yang hanya pelaksana nilai benar yang ditetapkan Allah

4. Manusia yang berpesan dengan kesabaran, untuk menjadi manusia terbaik, perlu banyak sabar, nak menjadi orang beriman pun perlu sabar, hendak beramal soleh pun kena sabar, segala-galanya perlukan kesabaran. 

Inilah wajah kehidupan yang mausia gagal menghayatinya. Hidup ini penuh warna. Warna yang indah dan cantik. Keindahan warna ini berbeza nilainya pada maanusia. Namun carilah warna kehidupan yang punya nilai keredhaan Allah. Warna kehidupan yang Allah suka, Warna kehidupan yang Allah muliakan..warna kehidupan yang terbaik dan bukannya warna warni pelangi yang nampak berseri namun sekejap sahaja munculnya dengan cahaya mentari. 

Ya Allah peliharalah aku , ahli keluarga ku, sahabat ku, guru ku daripada kerosakan kehidupan yang penuh warna warni ini.

Thursday, 2 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014



Kedatangan angka 2014 sebenarnya mengira kita masa kehadapan yang semakin hampir. Hampir kepada kematian , hampir kepada kubur, hampir kepada Kiamat , hampir kepada cita-cita.. Selamat tahun baru yee..  semangat baru ..


KECUBUNG

 
 

 
Kali ini kita kongsikan kehebatan daun dan buah kecubung
 
Nama saintifiknya : Datura metel L
Nama Komersial :  Horn Of plenty angel "s/trumpet/Downy thorn/apple,Devil"s trumpet. 

Pokok Kecubung banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik dan unik. Bunga kecubung membentuk serombong yang besar dan boleh dijumpai dalam saiz dan warna yang berbeza. Jenis yang biasa dijumpai ialah kecubung besar dan kecubung kecil. Warna bunganya yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih. Untuk mendapatkan bunga kecubung yang bewarna kuning dan oren memang agak sukar. Buahnya pula berwarna coklat mempunyai duri-duri halus diluarnya. 
Secantik2 pokok kecubung namun ada bahayanya juga. Kecubung putih adalah yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid. Penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja namun masih ada lagi perubatan traditional yang menggunakan daun dan bijinya untuk rawatan2 lain seperti resdung.
PERINGATAN: 
Semua bahagian tumbuhan ini beracun. Keracunan hanya akan berlaku jika sekiranya sebarang bahagian tumbuhan ini dimakan dalam kuantiti yang banyak. Jika ada yang keracunan kecubung , terutamanya kanak-kanak jangan biarkan pesakit tertidur sebaliknya biarkan mangsa berada dalam keadaan sedar dengan cara minum kopi dan menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang.
KEGUNAANNYA:
Kecubung biasa digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit-penyakit seperti asma, rheumatik, sakit pinggang, bisul dan resdung. 
  • Untuk asma dan resdung, 10 helai daun kecubung dihiris halus dan dijemur hingga kering. Ia kemudiannya dijadikan rokok dengan dibungkus dalam kulit jagung. 
  • Untuk sakit pinggang dan sengal-sengal badan 4 helai daun kecubung dicampurkan dengan kapur sirih secukupnya dan ditumbuk hingga lumat dan menjadi adunan yang sebati untuk disapukan pada bahagian yang sakit. 
  • Untuk rheumatik pula daun kecubung diramas hingga layu an disapukan minyak kelapa. Daun ini kemudiannya dilayurkan pada api dan ditampal pada bahagian yang sakit ketika masih panas.
  • Untuk selesama, caranya ambil bunga kecubung dan jadikan seperti tembakau dan menghisap dengan mengeluarkan asap dihidung. Kesannya hidung akan keluar lendir berketul2.
  • Untuk hilangkan bentan pada buah zakar bayi, ambil daun kecubung dan sapukan minyak kelapa. Layuhkan atas api kemudian balut buah zakar tersebut dan biarkan sebentar... InsyaAllah sembuh...
* Ada satu lagi cara untuk merawat resdung dengan menggunakan biji buah kecubung. Jemur biji kecubung lebih kurang 3 hari hingga nampak kering. Ambil tempurung yang telah di belah dua, dikeringkan dan dibersihkan. Tebuk lubang kecil di atasnya untuk di masukkan hujung batang anak buluh seperti straw pada permukaan lubang tersebut. Pastikan buluh betul2 muat untuk lubang kelapa yang di tebuk. Sedia untuk di gunakan.
CARA RAWATAN RESDUNG DENGAN BIJI KECUBUNG
  • Ambil kepingan kecil tempurung kelapa dan di bakar hingga menjadi bara. Letak arang kelapa atas tudung periuk dan taburkan 7 biji kecubung yang telah di jemur. Titiskan miyak kelapa atas bara tadi tutup cepat2 dengan tempurung ang telah di buat dengan buluh. 
  • Bila nampak asap keluar dari buluh, cepat2 halakan lubang hidung ke corong buluh sambil menutup hidung sebelah lagi satu. Sebaiknya cuba sedut perlahan2 dan akan terasa sedikit perit kemudian teran sekuat2nya. Lakukan 3 kali dan kemudian buat sebelah lubang hidung pula. Jika asap nampak semakin kurang tambahkan lagi biji kecubung dengan minyak kelapa..
  • Selepas habis melakukan sedut hembus dari hidung tadi, angkat tempurung tadi dan korang akan nampak ulat2 yang keluar dari lubang hidung tersebut yang sudah kering terbakar..
  • Telinga - Lubang telinga di halakan pada corong buluh dan sebelah telinga lagi satu di tutup. Biarkan beberapa saat dan teran.
  • Mata - Halakan corong pada hujung mata kita di antara hidung. Tutup mata sebelah dan biarkan asap masuk ke mata untuk beberapa saat. Teran sekuat yang boleh.
  • Pastikan jangan di lakukan selalu. Ini adalah rawatan traditional kampung. Tidak pasti adakah masih ada lagi rawatan seperti ini....
Nota
Banyak kegunaan daun dan bunga kecubung. Dengarnya biji kecubung juga beracun namun tidak ler mendatangkan mudarat yang keterlaluan.. Masih lagi boleh di gunakan

Thursday, 10 October 2013

KRS YANG KU SERTAI

Dunia KRS bermula semenjak saya berkhidmat di SMK Perimbun pada tahun 1997. Tahun 1998 terlibat sebagai guru penasihat. Tahun 1999 pula mula diberi kepercayaan sebagai Ketua Guru Penasihat KRS. Disitulah bermulanya KRS dalam hidupku. 

Pelbagai aktiviti KRS diperingkat sekolah , daerah , negeri , kebangsaan dan antarabangsa saya menyertainya. Pengalaman indah ini sukar untuk dinilai. 
Aktiviti rekreasi tali , tali temali memang kegemaran saya. 



Bila beruniform no 2 ni rasa macam prajurit angkatan tentera pulak.. hehe. Segak dan tanpan.. perasan pulak. Bermula dengan pegawai biasa dinaikan pangkat sehingga Mejar KRS ..diamanahkan sebagai Pegawai Laksana KRS Negeri Selangor

 Gambar ini semasa menjadi hakim kawad kaki peringkat Kebangsaan sekolah rendah d Danga Bay Johor Baru. Bersama rakan dari Kuala Lumpur dan Kedah.
 Wajah kepenatan tapi ceri , maklumlah dikelilingi gadis-gadis KRS semasa Perkhemahan Tahunan KRS sekolah saya pada tahun 2009 di Hutan Lipur Gunung Senyum Temerloh Pahang. 
 Majalah ini kalau dicari dikedai tentu sukar nak jumpa. Sold Out..hehe. sekadar membina idenditi dan kepuasan diri dalam dunia grafik.
 Semasa membuat peristiharan Kadet2 yang lulus pangkat sarjan/Staf Sarjan KRS Daerah. SMK Bandar Rinching jadi tuan rumah tahun 2011 masa tu. Sibuk dan buat-buat sibuk. 
Bila dah dalam hutan .. rebung adalah kegemaran ku. Rebung ni akan dimasak bersama udang. Kawan-kawan memang menunggu masakan yang akan saya masak. Katanya sedap.. entahlah. Yang saya tahu.. saya suka masak. Ada yang panggil saya cheff zack.
 Dunia masakan memang saya suka. Boleh buka facebook saya..banyak koleksi masakan yang saya kongsi. iperingkat antarabangsa saya terlibat dengan Asean School Games. Sebagai jurulatih pembawa bendera untuk majlis perasmiannya. Penat dan mencabar untuk mencapai standard antarabangsa.
Banyak lagi pengalaman indah bersama KRS. Nanti saya tulis lagi.


Tuesday, 8 October 2013

POKOK KADUK / DAUN KADUK - Piper Sarmentosum


POKOK KADUK / DAUN KADUK - Piper Sarmentosum



Nama Lain: (Inggeris) Tiada nama rasmi dalam bahasa Inggeris untuk pokok ini, namun ia sering dipanggil sebagai wild betel leaf, wild pepper leaf. (Thailand) cha plu (ช้าพลู), (Laos) phaki leu tatau pakee lerd (ຜັກອີ່ເລີດ), (Melayu) pokok kadok, Karuk, Sirih Tanah, Kado-kado. (Vietnam) Piper lolot – bolálốt, (Cina)Jiaju., xi ye qing wei teng, qingju, (Indonesia) Bakik, kado-kado, sirih tanah, sirih duduk, akar bugu, mengkadak.
Bahagian Kegunaan Tumbuhan: Batang, Kulit, Daun, biji
Negara Asal: Malaysia, Borneo & Indonesia

PENERANGAN

Pokok Kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum roxb berasal dari keluarga Piperaceae merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASIA. Pokok Kaduk adalah tumbuhan herba tumbuh melintang di daratan (terrestrial), tidak berbulu (glabrous) memiliki cabang-cabang panjang yang menjalar (procumbent) berukuran ketinggian 0.3-0.8 m. Keseluruhan bahagian Pokok kaduk muda mempunyai debu-debu halus apabila muda, berjantina berasingan (dioecious). Daun nya biasa, berselang-seli, lembut dan bentuk jantung (cordate). Ukuran daun kira-kira 5 hingga 10 cm lebar dan 7-15 cm panjang.

Daunnya berwarna hijau dan bentuknya menyerupai seakan-akan daun Sirih tetapi berbeza dengan pokok sirih, Daun bahagian rendah kebiasanya berbentuk bujur telur (ovate), bahagian atas daun agak melonjung bujur atau ovate-oblong, di bahagian pangkal berbentuk membujur hampir lunjung (ovate–cordate). Warna daun hijau gelap dengan batang halus (petiol) berukuran 2.5-5 cm panjang

Pokok kaduk mudah dibezakan melalui cabang ranting buah yang merentasi tanah tanpa akar (procumbent) yang besar, gempal, berbuah manis bila matang. Buah berry-nya berbentuk bujur (obovoid), 1.5 cm x 1 cm dan rasanya manis. Rasa manis dari buah ini sama seperti dengan buah masak berduri Elaeocarpus(Elaeocarpus serrate) . Rasa daun kaduk lebih lembut di banding daun sirih walaupun bau nya masih sedikit tajam.Pokok kaduk lazimnya dijadikan sebagai tanaman hiasan di halaman rumah oleh kebanyakan daripada masyarakat kita, dan mungkin tidak ramai di antara kita yang sedar bahawa pokok kaduk, berfungsi bukan sekadar hiasan semata-mata, ia lebih dari itu.

Cara pembiakannya melalui anak benih atau keratan batang. Air rebusan dari akar pokok ini dapat melawaskan kencing dan mujarab untuk merawat demam malaria dan bagi melegakan batuk, selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengaltulang.

PENGEDARAN SECARA GEOGRAFI

Pokok kaduk mudah ditemui di beberapa bahagian China Selatan, Fujian, Guangdong, Guangxi, Guizhou, Hainan, Xizang, Yunnan, atau di negara-negara Asia seperti Kemboja, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Vietnam dan sejauh kepulauan Andaman.






PENGGUNAAN DALAM MASAKAN

Daun kaduk biasanya dijualsecara ikatan dan dimakan secara ulaman.

• Dalam masakan Thai (Thai cuisine), daun kaduk digunakan sebagai pembalutmiang-kham, sejenis makanan ringan (snek) tradisional, ia juga merupakan salah satu daripada bahan untuk kari Kaeng-khae dari Thailand Utara.
• Dalam masakan Laos (Laotian cuisine), ia adalah sebahagian daripada ramuansalad.
• Dalam masakan Melayu (Malay cuisine), ia diracik untuk dimakan sebagaiulaman, jenis salad orang Melayu.

PENGGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL


Daun kaduk diguna dalam ubat-ubatan tradisional di Asia. Analisa kimia menunjukkan daun kaduk mengandungi anti-oksida naringenin. Amides dari buah pokok kaduk didapati mempunyai aktiviti anti-tuberculosis dan anti-plasmodial.

Daun kaduk diguna dengan cara meminum jus nya, untuk melegakan gejala malaria dan berkesan untuk merawat demam, batuk, asma, selsema, reumatisme, Keradangan pleura (lapisan paru-paru, apabila pleura parietal terlibat, terasa sakit didada berhubung dgn selaput dada (pleurosy) dan sakit tulang belakang (lumbago).Keseluruhan tumbuhan boleh digunakan untuk merawat demam, membantu penghadaman dan untuk melegakan kesakitan otot. Akar daun kaduk adalah ubat berkesan untuk batuk, asma, Keradangan pleura, lapisan paru-paru dan kulat pada kulit jari kaki (fungoid dermatitis). Ia dikunyah untuk menghentikan kesakitan gigi. Suku Karen di Thailand mengambil daun kaduk sebagai makanan sumber kandungan terbaik tempatan untuk beta karotena dan vitamin C. Daun nya juga digunakan sebagai tonik pencernaan, karminatif, ekspektoran, ejen anti-hyperglycemic dan ejen anti-malaria. Air rebusan dari keseluruhan tumbuhan juga digunakan secara tradisional untuk merawat pesakit kencing manis.

PATI POKOK KADUK DAPAT MENCEGAH KEGEMUKAN


Seorang penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) Berjaya menghasilkan pil mencegah kegemukan menggunakan pati pokok kaduk yang tumbuh meliar di hutan. Pensyarah Pusat PengajianSains Farmasi USM, Prof Dr Zhari Ismail, berkata pil yang diberi nama ‘nobesiti’ itu mampu menghalang pembuluh darah merebak keseluruh tisu badan bersama lemak makanan.

“Semua lemak yang terkumpul mampu dihalang dengan pengambilan pil ini kerana bahan aktif dalam pati kaduk, ia itu daripada daun, batang, buah dan akarnya mempunyai khasiat tersendiri," Beliau berkata, kajian yang dilakukan sejak 2005 mendapati pengambilan pati pokok kaduk boleh menyekat lemak dalam badan.“Pil itu digunakan sebagai penghalang kepada pembentukan Pembuluh darah baru yang menjadi punca utama obesiti,” Prof Dr Zhari berkata, berbeza produk lain, nobesiti bertujuan menghalang punca utama kegemukan ia itu pembentukan sel lemak dalam badan.

7 Khasiat Daun Kaduk:


Selain pucuknya yang sering dibuat ulam dan daunnya sebagai penyedap masakan lemak, khasiat lain yang boleh dimanafaatkan terhadapnya adalah merawat;

- sembelit
-sakitgigi
- demam malaria
- lemah dan sakit dalam tulang

Selain daripada 4 penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk dan panau turut boleh dirawat. Hanya caranya berbeza.


1. Melawaskan kencing - Rebus daun kaduk bersama akarnya dan diminum.

2. Merawat demam Malaria- rebus daun kaduk dan diminum air rebusannya.
3. Melegakan selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal tulang, sembelit- minum air rebusan daun kaduk dan akarnya.
Langkah-langkah merawat ketiga-tiga diatas:
i. Ambil satu dahan pokok kaduk termasuk akarnya.
ii. Bersihkan keseluruhan pokok tersebut.
iii. Rebus kesemua sehingga mendidih.
iv. Biarkan air rebusan tadi menjadi suam.
v. Air rebusan diminum perlahan-lahan.
4. Cacing Dalam Perut-Mandi dengan air ramasan daun kaduk.
i. Ambil beberapa helai daun kaduk segar.
ii. Ramas-ramaskan daun tersebut.
iii. Kemudian, campurkan kesemua daun ramasan kedalam sebaldi air.
Akhirsekali, siramkan air tersebut keseluruh badan.
5. Melegakan batuk-Sapu bahagian leher dengan daun yang dikisar halus bersama sedikit air.
i. Ambil beberapa helai daun kaduk dan bersihkannya.
ii. Kisar daun hingga halus dengan mencampur sedikit air.
iii. Akhir sekali, sapukan pada bahagian leher.
6. Panau- Sapu bahagian yang ditumbuhi panau dengan daun kaduk yang ditumbuk lumat.
i. Ambil beberapa helai daun kaduk.
ii. Tumbuk sampai lumat.
iii. Kemudian, sapukan pada kawasan tubuh badan yang berpanau.
7. Sebagai bahan dalam masakan, ulam, kerabu, urap, masak gulai ikan darat dan sebagainya.



Miang Kam .. makanan popular di Thailand sebagai makanan pembuka selera menggunakan daun kaduk 

KELAPA MUDA .. Sedap , berkhasiat


 KELAPA MUDA




KELAPA MUDA KHASIAT DALAM PERUBATAN 

Air kelapa ternyata lebih bernutrisi sepertimana susu penuh (whole milk) karena tidak mengandung kolesterol dan rendah lemak Air kelapa dapat memperbaiki sirkulasi darah dan dikenal mampu membersihkan saluran pencernaan. Air kelapa tidak hanya akan membuat sistem kekebalan tubuh Anda lebih baik, tetapi juga membantu tubuh melawan beberapa jenis virus penyebab penyakit. Jika anda mengidap penyakit batu ginjal (buah pinggang), biasakanlah meminum air kelapa secara rutin. Kebiasaan meminum air kelapa akan mambantu memecah batu ginjal dan memudahkan mereka keluar dari tubuh. Air kelapa juga dikenal sejak dahulu dapat menyembuhkan gangguan saluran kencing. Segelas air kelapa akan meredakan rasa sakit akibat susah kencing.

Jika Anda masih merasa pusing atau pening karena mabuk, biasnya anda boleh mengatasinya dengan meminum air kepala. • Air kelapa yang rasanya lembut sangat kaya akan elektrolit dan potassium . Potassium dapat membantu tubuh mengatur tekanan darah dan fungsi organ jantung.

• Air kelapa dapat mempercepat naiknya trombosite bagi penderita DBD dan menurunkan demam (trombosit turun karena dipakai untuk mencegah pendarahan, karena demam yang kronik mengakibatkan kepekatan darah,dan pori”pembuluh darah membesar).

Selain diminum fresh, ia boleh dicampuran herba tertentu (ini khas untuk pesakit ketagihan dadah, alcohol, rokok dsb) , juga tanpa dibakar atau kelapa muda panggang (ini untuk kesegaran tubuh).


Manfaat lain air kelapa ialah :

a. Air kelapa berkhasiat sebagai diuretik, iaitu untuk memperlancar pengeluaran air kencing. Air kelapa muda dicampur dengan sedikit air perahan limau nipis bermanfaat untuk mengatasi dehidrasi (kehilangan air dari badan), juga untuk memerangi gangguan cacing dalam perut anak-anak kecil.

b. Jika air kelapa muda yang dicampur dengan susu, boleh ditaruh ke dalam makanan tertentu untuk menjadikan makanan lebih anak. Campuran air kelapa muda tersebut mempunyai khasiat untuk mencegah penggumpalan susu dalam perut, muntah, sembelit, dan sakit pencernaan.

c. Air kelapa juga mempunyai bermacam-macam khasiat sebagai minuman kesihatan. Di antaranya, minum air kelapa muda juga dapat membantu mengatasi pengaruh racun obat sulfa dan antibiotika lain, sehingga menjadikan ubat-ubat itu lebih cepat diserap ke dalam darah.

d. Mencuci muka dengan air kelapa secara istiqamah tiap hari dapat menyembuhkan atau melenyapkan jerawat, noda-noda hitam, kerutan pada wajah, kulit mengering, dan wajah menjadi berseri.

e. Campurlah air kelapa dengan sedikit madu. Ramuan ini merupakan tonik yang murah tetapi berkhasiat. Ramuan ini merangsang pusat-pusat seksual tubuh dan meniadakan akibat buruk gairah seksual berlebih.

g. Air kelapa juga berkhasiat sebagai ubat luka, telapak kaki pecah-pecah, dan eksim. Membuat ramuannya relatif mudah. Rendamlah segenggam beras dalam air kelapa muda bersama tempurungnya sampai beras terasa masam karena peragian, kemudian beras digiling menjadi serbuk halus. Tepung beras tersebut digunakan dengan dilumur setiap hari selama 3-4 hari pada bagian tubuh yang sakit.

h. Jika air kelapa muda dicampur dengan sedikit serbuk kunyit dan air kapur sirih dalam ukuran sama merupakan ubat luka inflamasi dan menghilangkan rasa panas pada telapak kaki dan tangan.

i.air kelapa muda boleh dicampur ke dalam bancuhan untuk buat lempeng dan cokodok atau sukun goreng, ternyata enak.

Nota: anda dinasihatkan tidak meminum air kelapa terlalu kerap sehingga melebihi 2-3 biji sehari kerana boleh memudaratkan sistem saraf anda.

Sumber :http://www.darussyifa.org/