Pengajaran Dari Surah Al Mukminun (ayat 1 – 11)
Berikut adalah catatan ringkas
yang dapat dikongsi bersama: Berpuasa itu hasilnya agar beroleh ketaqwaan. Nak
dapat taqwa tu bukan mudah. Taqwa itu merupakan ciri-ciri orang beriman. Setiap
mukmin hendaklah memiliki pakej yang lengkap supaya beroleh taqwa yang
sebenarnya. Nilai pakej mukmin yang Berjaya lagi bertaqwa itu disebutkan dalam
surah al mukminun ini.
سُوۡرَةُ
المؤمنون
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ
هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢)وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ
(٣) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِلزَّكَوٰةِ فَـٰعِلُونَ (٤)وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ
حَـٰفِظُونَ (٥) إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٲجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ
أَيۡمَـٰنُہُمۡ فَإِنَّہُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ (٦)فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٲلِكَ
فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ (٧) وَٱلَّذِينَ هُمۡ
لِأَمَـٰنَـٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٲعُونَ (٨) وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ
صَلَوَٲتِہِمۡ يُحَافِظُونَ (٩) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡوَٲرِثُونَ (١٠)ٱلَّذِينَ
يَرِثُونَ ٱلۡفِرۡدَوۡسَ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ (١١)
1.Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang
beriman. (1)
2.Iaitu mereka yang khusyuk dalam
sembahyangnya. (2)
3.Dan mereka yang menjauhkan diri dari
perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (3)
4.Dan mereka yang berusaha membersihkan
hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). (4) 5.Dan mereka yang menjaga
kehormatannya. (5)
6.Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya
maka sesungguhnya mereka tidak tercela. (6) 7.Kemudian, sesiapa yang mengingini
selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. (7)
8.Dan mereka yang menjaga amanah dan
janjinya. (8)
9.Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
(9)
10.Mereka itulah orang-orang yang berhak
mewarisi. (10)
11.Yang
akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (11).
Surah al-Mu’minun itu keseluruhannya diturunkan di Mekah, kecuali ayat 75-77 sahaja diturunkan di Madinah. Ayat 1-11 surah al-Mu’minun itu memperkatakan tentang tujuh perkara utama yang menyebabkan seseorang itu berjaya atau tujuh sifat mulia.
Surah al-Mu’minun itu keseluruhannya diturunkan di Mekah, kecuali ayat 75-77 sahaja diturunkan di Madinah. Ayat 1-11 surah al-Mu’minun itu memperkatakan tentang tujuh perkara utama yang menyebabkan seseorang itu berjaya atau tujuh sifat mulia.
Pertama, mereka yang beriman itu akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan kerana mereka membenarkan Allah, rasul dan hari akhirat dan mendapat balasan syurga yang kekal selamanya. Mengekalkan keimanan. Orang yang beriman yang Berjaya hendaklah memiliki ciri-ciri berikut
Kedua,
mereka yang khusyuk dalam solat dengan memberi tumpuan untuk mengingati Allah
terhadap kebesaran-Nya dan takutkan azab-Nya. Cuba semak diri sendiri dah
khusyuk ke belum solat kita. Kusyuk adalah anugerah. Ramai antara kita ketika
solat buat “dosa”..mengata dalam solat, menerawang sampai London, mengingati
selain Allah dan macam2.. berusahalah kearah mencari khusyuk..memohon kepada
Allah agar beroleh khusyuk dalam solat. Selagi masih belum khusyuk.. kita belum
menjadi mukmin yang Berjaya. ORANG
KHUSYUK IALAH MAKIN LAMA SOLAT MAKIN SUKA..MAKIN SERONOK. JIKA MAKIN LAMA MAKIN
PENAT..MAKIN BORING, MAKIN NAK CEPAT HABIS.. TU TANDANYA BELUM ADA KHUSYUK.
Ketiga, mereka yang menjauhi perkara-perkara
yang melalaikan. Contohnya seperti bohong, mencela, senda gurau, kelakar,
berbual kosong, lawak jenaka dan sebagainya. Macam-macam aktiviti hari ini yang
dikira sia-sia. Lebih-lebih lagi kata-kata dari mulut kita. Lidah tak bertulang
Keempat,
mereka yang mengeluarkan zakat sebagai tanda menyucikan diri dan harta daripada
sifat kedekut dan mementingkan diri tertutamanya. Harta kita yang sebenar ialah
yang kita belanjakan, infaqkan dijalan Allah. Melalui zakat dan sedekah kita
dapat pahala yang berterusan walaupun
kita dah mati. Harta yang disimpan banyak2 yang ditinggalkan silap2 menjadi
bala dan dosa pula bila harta tersebut menjadi rebutan dan digunakan dijalan
yang kita pun tak tahu.
Kelima,
mereka yang menjaga kehormatan mereka daripada segala perbuatan maksiat seperti
berzina, homoseks dan sebagainya yang diharamkan oleh Allah. Nafsu sex
hendaklah disalurkan dengan cara yang halal. Menikah jalan terbaik.
Keenam,
mereka yang menjaga amanah dan janji iaitu apabila diberi amanah tidak khianat
dan apabila berjanji ia tidak pula mungkir. Terlalu banyyak amanah yg kita
pikul, amanah sebagai bapa, sebagai ibu, sebagai anak, sebagai penjawat awam,
penjawat mana-mana tugas kemasyarakatan dan sebagainya. Laksanakan amanah
tersebut. Jangan pegang jawatan tak buat kerja.
Ketujuh,
mereka yang menjaga solat. Menunaikan solat tepat pada waktunya dan sempurna
rukun-rukunnya. Solat adalah fardhu, rukun islam dan solat juga tiang agama.
Mukmin yang Berjaya akan sentiasa jaga solatnya. Ditambah dengan yang sunat.
Kesimpulannya, untuk menjadi seorang mukmin yang berjaya ketujuh-tujuh perkara sifat ini perlu ada dalam diri seorang mukmin supaya dapat menjadi seorang hamba yang taat dan patuh kepada perintah Allah dan dikasihiNya dan menjadi hamba yang memperoleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Moga puasa Ramadhan kali ini dapat membina dan meningkatkan nilai sebenar keimanan dan menjadi mukmin yang benar-benar Berjaya. Amin
No comments:
Post a Comment