JOM BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW
Melainkan... Mereka yang beriman, Mereka yang beramal soleh , Mereka yang berpesan dengan kebenaran , & Mereka yang sentiasa sabar ...
Friday, 31 May 2013
Thursday, 30 May 2013
FATWA MAKAN ULAT MULONG
“. . .Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.” (Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab “Sabilal Muhtadin” dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38)
PENGECUALIAN
Walaubagaimanapun masih ada pengecualian pengharaman ini (dari pendapat ulama Syafie)
Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai “termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali”. Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama – sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. (Sumber: kitab-kitab fiqh mu’tabar dalam mazhab seperti “Minhajuth Tholibin” halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada “Tuhfatul Muhtaj” juzuk 9 halaman 369 dan 445)
ULAMA SARAWAK YANG MENFATWAKAN HARAM
Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini. Rujuk Fatwa Majlis Agama Islam Sarawak
ULAT MULONG @ ULAT SAGU
Sarawak sememangnya kaya dengan kepelbagaian makanan, malah tidak keterlaluan jika Bumi Kenyalang dianggap sebagai syurga kepada penggemar makanan eksotik. Salah satu daripadanya ialah ulat mulong yang dipanggil si'et dalam bahasa Melanau atau tinduh dalam bahasa Iban.
Ia sebenarnya adalah larva kumbang yang bersarang di dalam batang pokok rumbia yang sudah reput.
Ulat mulong terutama yang gemuk berlemak boleh dinikmati menerusi pelbagai jenis masakan sama ada digoreng bersama kicap, disalai, dibuat sup ataupun dijadikan sate.
Bagi penggemar tegar pula, ada yang memakan ulat mulong secara hidup-hidup yang dicicah dengan garam halus atau dimakan bersama sagu. Ia diminati ramai, baik di kalangan masyarakat bumiputera, Cina mahupun pelancong asing kerana rasanya yang lemak.
Walaupun tiada kajian saintifik, ulat mulong dikatakan mempunyai beberapa khasiat termasuk dapat mengurangkan masalah kegemukan manakala minyaknya pula berkhasiat untuk melebatkan rambut. Kegilaan terhadap ulat mulong menjadikannya sebagai makanan yang mempunyai nilai komersial sekali gus menjadi sumber pendapatan lumayan kepada pembekal dan penjualnya.
Seorang pembekal, Siah Achoi, 49, berkata, seekor ulat mulong matang gred A iaitu yang bersaiz besar boleh dijual dengan harga antara 40 hingga 50 sen seekor. Katanya, ulat mulong gred A biasanya bersarang pada bahagian pangkal dan pertengahan pokok rumbia manakala ulat yang mendiami bahagian yang tinggi pula diklasifikasikan sebagai gred B kerana saiznya lebih kecil dan belum matang.
"Hanya pokok rumbia yang subur didiami ulat mulong yang banyak, sekurang-kurangnya 500 ekor bagi setiap batang. "Untuk memastikan lebih banyak ulat mulong yang terdapat di dalam batang pokok rumbia dapat dikeluarkan, kita perlu mengetuk batang rumbia terlebih dahulu sebelum mengoreknya," katanya kepada Utusan Malaysia sewaktu ditemui di Pasar Tamu Bintulu baru-baru ini.
Siah yang sudah 30 tahun menjadi pembekal ulat mulong berkata, tidak sukar untuk mendapatkan makanan eksotik itu kerana habitatnya iaitu pokok rumbia hidup subur di Kuala Segan, Kemana, kira-kira 10 kilometer dari Bintulu.
"Setiap bulan saya menebang sekurang-kurangnya tiga batang pokok rumbia dan dibiarkan reput untuk kumbang bertelur serta ulat mulong yang diperoleh akan dibekalkan terus kepada penjual di Pasar Tamu Bintulu," kata Siah yang dibantu anaknya, Jimbun Aji, 22, sejak enam tahun lalu.
Seorang lagi penjual ulat mulong, Mas Jamal, 49, dari Sungai Sebiew berkata, ulat mulong sentiasa mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat.Katanya, pada minggu dia akan menebang pokok rumbia dan menjual sendiri larva kumbang gred A dengan harga RM10 bagi setiap 35 ekor dan 45 ekor (gred B).
Tambahnya lagi, pokok rumbia yang ditebang biasanya dibiarkan mereput selama enam minggu bagi memberi peluang kepada kumbang rumbia membiakkan ulat mulong.
"Setakat ini saya gembira kerana hasil jualan ulat mulong mampu menampung keperluan harian dengan jumlah pendapatan sekitar RM400 hingga RM500 seminggu," katanya yang sudah enam tahun menjual makanan eksotik itu.
Seorang lagi penjual, Ansak Inggi, 55, dari Binyu berkata, selain dijadikan hidangan, ada yang membeli ulat mulong untuk dijadikan makanan binatang peliharaan.
"Ada juga pelanggan membeli ulat mulong untuk diberikan kepada ikan peliharaan dan kokgo iaitu sejenis cicak Borneo yang kini sedang hangat di pasaran kerana dikatakan mempunyai khasiat perubatan," kata Ansak. Dia yang sudah 10 tahun menjual ulat mulong berkata, setiap hari keuntungan yang diraih adalah sekitar RM100.
Seorang penggemar ulat mulong, Jacqueline Siyu, 36, berkata, larva itu mempunyai rasa seperti udang tetapi ia lebih manis dengan bau yang agak kuat.
"Cara penyediaan ulat mulong kini sudah dipelbagaikan dan rasanya bergantung kepada cara ia dimasak.
"Kebanyakan orang suka ulat mulong digoreng dan disalai kerana ia membangkitkan rasa lemak dan manis," katanya yang amat menggemari sate ulat mulong.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
Wednesday, 29 May 2013
BUAH UNCONG @ BELIMBING HUTAN
Belimbing hutan atau nama saintifiknya Baccaurea angulata dipercayai banyak terdapat di Borneo. Ada juga yang menggelarkannya dengan nama Uchong dan ada yang menyebutnya sebagai Tampoi Belimbing. Di Semenanjung, ia memang ada ditanam di SPK Hulu Paka Terengganu sebagai simpanan sumber genetik. Saya tidak pasti samada di bahagian lain Semenanjung ada di tanam pokok ini ataupun tidak.
Kalau mengikut rujukan, buah belimbing hutan ini sama juga seperti buah tampoi yang mengeluarkan buah di batang atau di dahan utama. Pokoknya pula boleh membesar sehingga ketinggian 8 meter. Memang dikatakan buah ini ada banyak dijual di Sabah/Sarawak. Saya pernah rasa buah ini semasa saya di Sarawak. Buahnya rasa masam-masam manis.. segar dan lazat.
Tuesday, 28 May 2013
Pakaian Tradisional Melayu
Baju Belah Kebaya Panjang
Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau. Pola baju belah panjang ini masih bersifat ‘mengurungkan’ anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ianya berbelah dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai ‘baju panjang’ dan ‘kebaya panjang’. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang di tutup dengan kancing atau kerongsang tiga.
Baju Melayu Cekak Musang
Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri [2.5 cm] melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran [bulat] yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.
Baju Teluk Belanga
Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga di sebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.
Baju Kurung
Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.
Baju Riau
Baju ini baju berbelah di hadapan seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau di sebut juga pakaian ‘Engku Puteri atau Raja Hamidah’ puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang kelima dari keturunan Bugis.
sumber :http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/pakaian_tradisional
ASAL USUL NASI LEMAK
Pada zaman kesultanan Melaka, tinggallah Mak Kuntum bersama anaknya Seri.
Suami Mak Kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di Selat Melaka.
Adapun Mak Kuntum ini kerjanya mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, Mak Kuntum telah keluar dari rumahnya untuk mencari pelanggan. Tinggallah Seri seorang diri dirumah untuk menjalankan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya.
Begitulah kehidupan dua beranak ini setiap hari walaupun pada cuti umum.
Hendak dijadikan sejarah, pada suatu hari.. timbul rasa jemu dalam sanubari Seri kerana memasak nasi dengan cara yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalu tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut.
Sebagai langkah alternatif, Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi. Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas kedalam nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut.
"Biar kewangian bau nasi yang dicampur dengan daun pandan dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti. " bisiknya didalam hati.
Pada waktu tengahari, Mak Kuntum pun pulanglah kerumah. Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah mak Kuntum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya.
"Apa kau masak ni, Seri?" "Nasi le! Mak!" jawab Seri, berulangkali Mak Kuntum bertanyakan kepada Seri. Setiap kali juga Seri menjawap, "Nasi le! Mak!".
Semenjak hari itu, lekatlah nasi tersebut dikenali dengan
NASI LEMAK.
ASAL USUL NASI LEMAK
Pada zaman kesultanan Melaka, tinggallah Mak Kuntum bersama anaknya Seri.
Suami Mak Kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di Selat Melaka.
Adapun Mak Kuntum ini kerjanya mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, Mak Kuntum telah keluar dari rumahnya untuk mencari pelanggan. Tinggallah Seri seorang diri dirumah untuk menjalankan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya.
Begitulah kehidupan dua beranak ini setiap hari walaupun pada cuti umum.
Hendak dijadikan sejarah, pada suatu hari.. timbul rasa jemu dalam sanubari Seri kerana memasak nasi dengan cara
yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalu tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut.
Sebagai langkah alternatif, Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi.
Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas kedalam
nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak
berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk
menyerikan lagi nasi tersebut.
"Biar kewangian bau nasi yang dicampur dengan daun pandan dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti.
" bisiknya didalam hati.
Pada waktu tengahari, Mak Kuntum pun pulanglah kerumah.
Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah mak
Kuntum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya.
"Apa kau masak ni, Seri?"
"Nasi le! Mak!" jawab Seri, berulangkali Mak Kuntum
bertanyakan kepada Seri. Setiap kali juga Seri menjawap, "Nasi le! Mak!".
Semenjak hari itu, lekatlah nasi tersebut dikenali dengan
NASI LEMAK.
KENALI IKAN TERUBUK MASIN SARAWAK
IKAN TERUBUK
Terdapat dua (2) dua jenis terubuk di Sarawak iaitu:-
(a) Terubuk laut atau Tenualosa macrura yang bermulut kecil, bersaiz pendek dengan bahagian kepala lebih kecil dan badan lebih gemuk;
(b) Terubuk sungai (Tenualosa toli) muncung (mulut lebih besar dan panjang) juga dikenali sebagai Terubuk Sarawak di kalangan penduduk negara ini.
Fakta Mengenai Ikan Terubuk Masin Sarawak
Terubok ini hanya terdapat di sungai-sungai utama di Sarawak iaitu Batang Lupar, Batang Saribas dan Batang Lassa. Manakala bagi terubok bermulut kecil T. macrura, yang kurang diminati, kebanyakkanya terdapat di persisiran perairan pantai Sarawak terutamanya di persisiran perairan hutan bakau dari Tg. Datu ke Tg. Sirik.Ikan terubuk atau Nama saintifik: Tenualosa macrura adalah sejenis ikan pelagik yang hidup di perairan Selat Melaka, Selatan Borneo dan Teluk Bengal.. Ikan terubuk banyak sub spisesnye. Ikan terubuk Sarawak adalah lebih kecil daripada Terubuk yang ada diperairan Indonesia. Percaya atau tidak satu spesis Terubuk akan mula mengawan pada musim monsoon di kawasan Teluk dan akan bertelur di hulu sungai yang berair tawar.
Fenomena ini berlaku di Bangladesh apabila selepas musim monsoon (banjir) penduduk bangladesh akan menangkap ikan terubuk di kawasan2 sawah dan sungai-sungai air tawar.
Di Sarawak, ikan terubuk mempunyai tiga jenis iaitu terubuk sungai, terubuk laut dan terubuk yang diimport dari Bangladesh, Myanmar dan India. Keseluruhannya, terdapat 30 jenis spesis ikan terubuk yang terdapat di seluruh dunia. Ikan terubuk tropika ialah yang dikenali dengan nama saintifiknya Tenualosa. Daripada jumlah itu, lima daripadanya ialah jenis ikan terubuk alam rumpun Tenualosa iaitu Tenualosa iliasa, Tenualosa macrura, Tenualosa reeveesii dan Tenualosa toli.
Kesemua jenis Temualosa toli merupakan terubuk laut. Bagaimanakah membezakan terubuk sungai dengan terubuk laut? Terubuk sungai lazimnya bersaiz pendek, gemuk, mempunyai ekor yang pendek dan harganya lebih mahal daripada terubuk laut. Kebanyakan terubuk yang dijual di beberapa pasar basah di Sarawak khususnya di Pasar Satok merupakan terubuk import atau terubuk laut. Populasi terubuk sungai Sarawak semakin merosot dan akan pupus dalam masa terdekat jika tiada langkah pemuliharaan dilakukan dengan segera."
Pendek kata, terubuk Sarawak memang amat popular terutama di kalangan pelawat dari Semenanjung, Sabah dan Brunei Darussalam, yang menjadikannya buah tangan wajib apabila berkunjung ke bumi kenyalang ini.
Populariti terubuk ini berkait rapat dengan hakikat ikan itu sudah lama pupus dari sungai di Semenanjung tetapi di Sarawak spesies ikan bertulang banyak itu masih boleh diperoleh terutama pada musim terubuk bertelur antara Jun hingga Oktober.
Bekalan terubuk tempatan boleh didapati di Sungai Lupar (Lingga dan Sebuyau dalam Bahagian Sri Aman), selain di Sungai Saribas (Pusa, Beladin dan Maludam di Bahagian Betong) dan Sungai Lassa (Teba’ang dan Daro di Bahagian Mukah).
Bagaimanapun, berbeza dengan mudahnya terubuk itu dibeli, hakikatnya, terubuk tempatan kian terhad dan sukar diperoleh yang disebabkan usaha kerajaan mengawal tangkapan ikan yang kian pupus dengan mengehadkan kegiatan menangkap ikan terubuk. Semua ini demi membolehkan spesies ini membiak.
Biarpun bilangannya terhad, ramai peraih yang masuk ke kawasan berkenaan setiap kali musim terubuk untuk membeli bekalan yang terhad itu secara borong dan mengeksportnya ke luar negara terutama Singapura. Tidak hairanlah harga ikan terubuk tempatan bertelur kini boleh mencecah antara RM36 hingga RM45 sekilogram berbanding sekitar RM28 sekilogram satu ketika dulu. Terubuk masin tempatan atau lebih dikenali sebagai ‘terubuk masin local’ di kalangan pembeli pula dijual pada harga RM18 seekor berbanding RM8 seekor untuk saiz sama bagi ikan terubuk import.
Ramai yang mungkin tidak sedar kebanyakan ikan terubuk masin yang dijual di kawasan Pasar Satok di Kuching itu diimport dari India dan Myanmar dengan jumlah pengusaha yang menjual ikan terubuk kini berjumlah 14 orang, dibantu lebih 100 pekerja.
Pengasas penjualan ikan terubuk masin di Sarawak, Ibrahim Mohd Sahari, 49, dari Jalan Muhibbah, Kuching, berkata mereka terpaksa membeli ikan terubuk yang diimport dari India dan Myanmar daripada pembekal.
Tanjung DatuTerubok merupakan ikan pelagic di dalam famili “Clupeidae”. Penentuan jantina ikan terubok hanya dapat dkenal pasti apabila menjangkau dalam usia dua tahun dan bertelur(bergravid). Mengikut kajian Jabatan Perikanan laut Sarawak T. Toli mulai bertelur dari bulan September hingga Oktober dan berkurangan pada bulan November. Walaubagaimanapun, ikan terubok banyak memasuki sungai dari bulan April hingga bulan Oktober.Musim Ikan terubok
Musim ikan terubok bermula agak lambat tetapi pendek (Jun hingga Oktober) bagi kawasan Btg. Lupar, manakala bagi Btg. Lassa pula, musimnya berpanjangan selama 6 bulan (April hingga November) (Willmann, et al., 1989 dan Albert, 1988). Faktor ini disebabkan perpindahan (migratory) terubok berbeza antara Btg. Lupar dan Btg. Lassa.
Biologi
Terubok jantan didapati dalam ukuran panjang (fork length/FL) 12.8-34.0 cm, manakala betina ialah dari 14-46.2cm dan mempunyai purata berat 178.2g dan 533.9g masing-masing. Ini menunjukkan bahawa ikan jantan adalah kecil berbanding dengan ikan betina. Kajian ini mendapati terubok boleh membesar sehingga 58 cm atau fork length.
Gambarajah diatas menunjukkan kadar berat ikan terubok bagi setiap bahagian/daerah di seluruh negeri Sarawak.
Empirit adalah anak terubok dan mempunyai ukuran panjang (FL) lebih kurang 29cm merupakan kematangan peringkat pertama bagi terubok. Ketika berusia bawah setahun, ikan yang banyak tulang ini dikenali sebagai empirit oleh penduduk tempatan.
Oleh itu, emperit dijual dengan harga yang murah dan EMPERIT ini mempunyai BANYAK TULANG. Bagi sesiapa yang ingin membeli ikan terubok masin PASTIKAN!!!!! anda membeli ikan terubok masin yang telah MATANG (DEWASA).
Kebanyakkan pengguna hanya membeli ikan terubok masin di pasaran hanya kerana ianya dinamakan IKAN TERUBOK MASIN. Anda juga perlu bijak memilih Ikan Terubok Masin ASLI dari Sarawak.. Anda juga perlu bijak mengenalpasti yang mana empirit dan yang mana terubok matang.
Tidak semua yang tahu mengenai ini…Hanya tengok ikan terubok masin lalu beli…. Sebagai pengguna ANDA harus mengetahui HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA.. Selidik dahulu….
Tapi bagaimana hendak mengetahui bentuk ikan terubok dewasa dan empirit Saya lihat semua ikan terubok masin sama saja ???
Empirit banyak didapati pada permulaan musim dan dipenghujung musim terubok. Purata bilangan telur dalam ovari ikan terubok betina adalah lebih kurang 500,000 hingga 2 juta telur dan daripada jumlah itu kurang lima peratus saja yang berjaya menetas, seterusnya membesar sebagai empirit kemudian menjadi matang sebagai yang dikenali sebagai terubuk dan bergantung kepada saiz ikan tersebut. Proses peneluran ini berlaku hanya sekali dalam setahun iaitu dari bulan Jun hingga Oktober.
Terubok banyak ditangkap di muara sungai apabila terdapat tahap kemasinan yang agak rendah. Keadaan ini juga ada mempunyai kaitan dengan jumlah hujan dari hulu sungai.
TERUBUK di Sarawak hanya dapat ditentukan jantinanya apabila menjangkau usia dua tahun dan bertelur. Sebelum tempoh itu, ketika berusia bawah setahun, ikan banyak tulang berkenaan dikenali sebagai empirit di kalangan penduduk tempatan. Saiznya sekitar 27 sentimeter panjang.
Mengikut kajian Commonwealth Scientific & Industrial Research Organisation (CSIRO Australia), Ikan terubok mempunyai sejarah putaran kehidupan yang sangat komplek dan ikan ini akan betukar jantina (protandrous hermaphrodite) and hanya hidup diantara 2 hingga 3 tahun.
Seekor terubuk yang berusia dua tahun, mampu menghasilkan antara 500,000 hingga 2 juta telur dan daripada jumlah itu kurang lima peratus saja yang berjaya menetas, seterusnya membesar sebagai empirit kemudian matang sebagai terubuk.
Jom menikmati nyaaa... mabelousssss.!!!! meleleh air liur.. apa lagi
Monday, 27 May 2013
Hormati ibu bapa kita
Hormat , menghormati , dihormati , terhormat ... antara istilah yang selalu kita dengar.
1. Hormat menghormati sesama manusia tidak kira bangsa dan agama
2. Orang muda hendaklah sentiasa menghormati mereka yang lebih tua
3. Jika ingin dihormati maka hendaklah sentiasa menghormati orang lain.
4. Orang yang terhormat akan sentiasa menghormati orang lain dalam apa juga keadaan.
Yang penting hormatilah kedua ibubapa kita.. jom tonton
1. Hormat menghormati sesama manusia tidak kira bangsa dan agama
2. Orang muda hendaklah sentiasa menghormati mereka yang lebih tua
3. Jika ingin dihormati maka hendaklah sentiasa menghormati orang lain.
4. Orang yang terhormat akan sentiasa menghormati orang lain dalam apa juga keadaan.
Yang penting hormatilah kedua ibubapa kita.. jom tonton
Saturday, 25 May 2013
Salam Perpaduan
Hari ini berada di Universiti Islam Antarabangsa. Melihat kepada pelajar UIA yang berbagai bangsa dan agama berlajar disini amat menyeronokkan. Begitu juga apabila kita pergi ke pasar membeli ikan dan sayur. Pelbagai bangsa yang berniaga dan sibuk membeli belah. Indah sungguh panaroma itu. Menjelajah pula ke pasaraya GIANT , TESCO , ECONSAVE , PARKSON , SOGO dan sebagainya. Keharmonian yang wujud memang amat mengasyikkan. Saya bangga jadi anak Malaysia.
Thursday, 23 May 2013
Jom Sarapan Dengan Makanan Malaysia
Nasi lemak / Idli / Tosai / Roti Canai / Lontong / Nasi Dagang / Laksa / Dim Sum / Kuih Chang / dan macam-macam lagi. Bangganya saya menjadi Anak Malaysia
Lazatnya Idli
Menikmati Dimsum
Tosai
Kuih Chang
Lontong
Nasi Lemak Teh Tarik
Nasi Dagang (Kelantan)
Nasi Tupang ( Kelantan)
Nasi Kuning (Tawau)
Nasi Kerabu
Salam Satu Malaysia
Rakyat Malaysia yang berbilang kaum terdiri dari Melayu , Cina , India , Kadazan , Iban , Sikh dan lain-lain telah menjadikan negara ini unik dan tersendiri.
Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah menjadi rakyat yang berdaulat mindanya, terbuka pemikirannya, membina kehidupan yang harmoni. Saling hormat menghormati. Percaya mempercayai.
Untuk menjadi warganegara yang baik terdapat beberapa isu yang sepatutnya kita galas bersama. Isu-isu ini membawa kita kearah mempersiapkan wajah rakyat Malaysia yang akan kita bina antaranya;
1. Pencapaian Kendiri
2. Hubungan Kekeluargaan
3. Hidup Bermasyarakat
4. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia
5. Malaysia Negara Berdaulat
6. Cabaran Masa Depan
2. Hubungan Kekeluargaan
3. Hidup Bermasyarakat
4. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia
5. Malaysia Negara Berdaulat
6. Cabaran Masa Depan
Subscribe to:
Posts (Atom)