SELAMAT DATANG..... WELCOME..... AHLAN WA SAHLAN ..... 欢迎光临..... வரவேற்பு..... BIENVENUE..... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG KAMI

Sunday 9 June 2013

NASI LINOPOT

Untuk pengetahuan para pembaca.. linopot makna nya dalam bahasa Malaysia nasi yang dibungkus dengan daun...asasnya adalah "lopot"(bungkus@lipat). Linopot dikatakan sebagai salah satu tatabudaya Orang Dusun menghidangkan nasi. Beras yang digunakan untuk membuat linopot secara tradisnya adalah padi huma. Ada tujuh (7) daun yang biasa  digunakan ialah "punti' (pisang), " timadang"(tarap) , "kobu", "tangag" , "longkobung" , "tarabak" , "tooropoi". Seperti yang anda semua lihat didalam pic ini...nasi ini ada yang berwarna purple..
ianya bukan diwarnakan..tapi sememang nya  beras huma ini macam tu ada yang berwarna merah , ungu , perang dan biasa ...ini ada lah padi bukit...dan daun yang digunakan adalah  daun yang mempunyai aroma tersendiri..Bila nasi sudah sejuk ...bau nya harum dan enak d makan tanpa lauk sekali pun..Di Sabah, di Daerah Ranau amat popular nasi linopot. Pada suatu ketika dulu...linopot biasanya dihidangkan pada masa perayaan kaamatan dan juga  majlis perkahwinan.
Bila ada kematian linopot atau nasi bungkus ini d bungkus dengan daun Tarap..ini lah perbezaan nya...rasa dan wangi nya juga berbeza..nasi bungkus atau linopot ini lebih enak kalau di campur dengan ubi manis, ubi keledek & ubi kayu...kalau nak cuba...datang lah ke Sabah.
Nasi linopot sedap dimakan dengan pelbagai lauk. Orang Dusun memang terkenal dengan kehidupan yang mesra alam. Tidak hairan nasi linopot mempunyai nilai yang unik.

Linopot juga dirujuk kepada "binulugu" yang bermaksud dibulatkan. Ada juga yang di "lud'tak" (kacau sampai lembik). Cara masak nasinya hendaklah tidak terlalu keras atau terlalu lembik. Nasi linopot juga boleh disediakan dengan cara yang penuh tradisi seperti 

tod'sok   -  ditujah-tujah dengan kayu tosok
giniyu    -  digaul mampat dengan kayu gigiyu
linabok   - dihimpit-himpit bila dicampur dengan ubi


Nasi linopot sedap dimakan dengan tuhau , jeruk bambangan , bosau (pekasam) , taduk (batang keladi) , tunduk mundok (daun ubi) , ikan bilis , ikan goreng ayam dan sebagainya ikut selera masing-masing... jom kita cari Nasi Linopot

5 comments:

  1. Maklumat ndak complete lepas dibungkus dikukus lgi atau hidang terus,lazim nya klu mau dptkn aroma dikukus ?

    ReplyDelete
  2. X perlu kukus. cukuplah nasi yang panas baru lepas di masak, diletakkan di atas daun lalu di bungkus. haba panas tu akan merangsang aroma daun.lepas bungkus boleh di makan terus x payah kukus. biasanya tahan lama beberapa hari x basi.

    ReplyDelete
  3. linopootttttt my febret semenanjung mana mau cari..bulan2 puasa begini teringat linopot kebihisssss..

    ReplyDelete
  4. Apa nma dia dlm bhasa melyu daun tu

    ReplyDelete
  5. Apa nma dia dlm bhasa melyu daun tu

    ReplyDelete