Malaysia kaya dengan pelbagai hasil pertanian. Antaranya Petai , Sukun , Daun Ubi , Labu Kuning dan banyak lagi. Semuanya ada peminat tersendiri
Malaysia juga mempunyai tempat-tempat yang menarik. Panorama lautannya yang cantik menyebabkan ramai pelancong datang ke Malaysia.
Ini adalah pemandangan di Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu Kelantan. Pelbagai sayuran dan makanan dijual disini. Yang uniknya para penjualnya terdiri daripada kaum hawa. Sebab itu pasar ini dinamakan Pasar Besar Siti Khadijah.
Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur. Bandar Kosmopolitan. Dipenuhi dengan bangunan yang tinggi. Menara Kembar Petronas menjadi mercu tanda Kuala Lumpur. Cantik dan menjadi tumpuan warga Malaysia dan para pelancong.
Gunung Kinabalu.Siapa yang telah berjaya mendakinya akan menikmati keindahan alam ciptaan tuhan yang hebat. Gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Sebagai rakyat Malaysia hendaklah berusaha mendakinya. Kalau tidak sampai ke puncak yang indah ini memang rugi. Jom kita mendaki beramai-ramai
LOGO HARI GURU
Setiap tahun pada 16 Mei... adalah hari guru untuk mengenang jasa semua guru Malaysia. Selamat Hari Guru