SELAMAT DATANG..... WELCOME..... AHLAN WA SAHLAN ..... 欢迎光临..... வரவேற்பு..... BIENVENUE..... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG KAMI

Tuesday, 28 May 2013

KENALI IKAN TERUBUK MASIN SARAWAK


IKAN TERUBUK 

Terdapat dua (2) dua jenis terubuk di Sarawak iaitu:-


(a) Terubuk laut atau Tenualosa macrura yang bermulut kecil, bersaiz pendek dengan bahagian kepala lebih kecil dan badan lebih gemuk;
(b) Terubuk sungai (Tenualosa toli) muncung (mulut lebih besar dan panjang) juga dikenali sebagai Terubuk Sarawak di kalangan penduduk negara ini.

Fakta Mengenai Ikan Terubuk Masin Sarawak

Terubok ini hanya terdapat di sungai-sungai utama di Sarawak iaitu Batang Lupar, Batang Saribas dan Batang Lassa. Manakala bagi terubok bermulut kecil T. macrura, yang kurang diminati, kebanyakkanya terdapat di persisiran perairan pantai Sarawak terutamanya di persisiran perairan hutan bakau dari Tg. Datu ke Tg. Sirik.Ikan terubuk atau Nama saintifik: Tenualosa macrura adalah sejenis ikan pelagik yang hidup di perairan Selat Melaka, Selatan Borneo dan Teluk Bengal.Ikan terubuk banyak sub spisesnye. Ikan terubuk Sarawak adalah lebih kecil daripada Terubuk yang ada diperairan Indonesia. Percaya atau tidak satu spesis Terubuk akan mula mengawan pada musim monsoon di kawasan Teluk dan akan bertelur di hulu sungai yang berair tawar.

Fenomena ini berlaku di Bangladesh apabila selepas musim monsoon (banjir) penduduk bangladesh akan menangkap ikan terubuk di kawasan2 sawah dan sungai-sungai air tawar.

Di Sarawak, ikan terubuk mempunyai tiga jenis iaitu terubuk sungai, terubuk laut dan terubuk yang diimport dari Bangladesh, Myanmar dan India. Keseluruhannya, terdapat 30 jenis spesis ikan terubuk yang terdapat di seluruh dunia. Ikan terubuk tropika ialah yang dikenali dengan nama saintifiknya Tenualosa. Daripada jumlah itu, lima daripadanya ialah jenis ikan terubuk alam rumpun Tenualosa iaitu Tenualosa iliasa, Tenualosa macrura, Tenualosa reeveesii dan Tenualosa toli.

Kesemua jenis Temualosa toli merupakan terubuk laut. Bagaimanakah membezakan terubuk sungai dengan terubuk laut? Terubuk sungai lazimnya bersaiz pendek, gemuk, mempunyai ekor yang pendek dan harganya lebih mahal daripada terubuk laut. Kebanyakan terubuk yang dijual di beberapa pasar basah di Sarawak khususnya di Pasar Satok merupakan terubuk import atau terubuk laut. Populasi terubuk sungai Sarawak semakin merosot dan akan pupus dalam masa terdekat jika tiada langkah pemuliharaan dilakukan dengan segera."

Pendek kata, terubuk Sarawak memang amat popular terutama di kalangan pelawat dari Semenanjung, Sabah dan Brunei Darussalam, yang menjadikannya buah tangan wajib apabila berkunjung ke bumi kenyalang ini.
Populariti terubuk ini berkait rapat dengan hakikat ikan itu sudah lama pupus dari sungai di Semenanjung tetapi di Sarawak spesies ikan bertulang banyak itu masih boleh diperoleh terutama pada musim terubuk bertelur antara Jun hingga Oktober.

Bekalan terubuk tempatan boleh didapati di Sungai Lupar (Lingga dan Sebuyau dalam Bahagian Sri Aman), selain di Sungai Saribas (Pusa, Beladin dan Maludam di Bahagian Betong) dan Sungai Lassa (Teba’ang dan Daro di Bahagian Mukah).

Bagaimanapun, berbeza dengan mudahnya terubuk itu dibeli, hakikatnya, terubuk tempatan kian terhad dan sukar diperoleh yang disebabkan usaha kerajaan mengawal tangkapan ikan yang kian pupus dengan mengehadkan kegiatan menangkap ikan terubuk. Semua ini demi membolehkan spesies ini membiak.

Biarpun bilangannya terhad, ramai peraih yang masuk ke kawasan berkenaan setiap kali musim terubuk untuk membeli bekalan yang terhad itu secara borong dan mengeksportnya ke luar negara terutama Singapura. Tidak hairanlah harga ikan terubuk tempatan bertelur kini boleh mencecah antara RM36 hingga RM45 sekilogram berbanding sekitar RM28 sekilogram satu ketika dulu. Terubuk masin tempatan atau lebih dikenali sebagai ‘terubuk masin local’ di kalangan pembeli pula dijual pada harga RM18 seekor berbanding RM8 seekor untuk saiz sama bagi ikan terubuk import.

Ramai yang mungkin tidak sedar kebanyakan ikan terubuk masin yang dijual di kawasan Pasar Satok di Kuching itu diimport dari India dan Myanmar dengan jumlah pengusaha yang menjual ikan terubuk kini berjumlah 14 orang, dibantu lebih 100 pekerja.

Pengasas penjualan ikan terubuk masin di Sarawak, Ibrahim Mohd Sahari, 49, dari Jalan Muhibbah, Kuching, berkata mereka terpaksa membeli ikan terubuk yang diimport dari India dan Myanmar daripada pembekal.

Kawasan Tangkapan TerubokTerubuk laut didapati banyak di persisiran pantai dari Tanjung Datu hingga ke Tanjung Sirik. Manakala terubuk Sarawak di perairan muara sungai seperti Batang (sungai) Lupar, di Sri Aman, Batang Lassa di Mukah, Batang Sadong di Samarahan dan Batang Saribas di Betong.

Tanjung DatuTerubok merupakan ikan pelagic di dalam famili “Clupeidae”. Penentuan jantina ikan terubok hanya dapat dkenal pasti apabila menjangkau dalam usia dua tahun dan bertelur(bergravid). Mengikut kajian Jabatan Perikanan laut Sarawak T. Toli mulai bertelur dari bulan September hingga Oktober dan berkurangan pada bulan November. Walaubagaimanapun, ikan terubok banyak memasuki sungai dari bulan April hingga bulan Oktober.Musim Ikan terubok

Musim ikan terubok bermula agak lambat tetapi pendek (Jun hingga Oktober) bagi kawasan Btg. Lupar, manakala bagi Btg. Lassa pula, musimnya berpanjangan selama 6 bulan (April hingga November) (Willmann, et al., 1989 dan Albert, 1988). Faktor ini disebabkan perpindahan (migratory) terubok berbeza antara Btg. Lupar dan Btg. Lassa.

Biologi

Terubok jantan didapati dalam ukuran panjang (fork length/FL) 12.8-34.0 cm, manakala betina ialah dari 14-46.2cm dan mempunyai purata berat 178.2g dan 533.9g masing-masing. Ini menunjukkan bahawa ikan jantan adalah kecil berbanding dengan ikan betina. Kajian ini mendapati terubok boleh membesar sehingga 58 cm atau fork length.

Gambarajah diatas menunjukkan kadar berat ikan terubok bagi setiap bahagian/daerah di seluruh negeri Sarawak.

Empirit adalah anak terubok dan mempunyai ukuran panjang (FL) lebih kurang 29cm merupakan kematangan peringkat pertama bagi terubok. Ketika berusia bawah setahun, ikan yang banyak tulang ini dikenali sebagai empirit oleh penduduk tempatan.

Oleh itu, emperit dijual dengan harga yang murah dan EMPERIT ini mempunyai BANYAK TULANG. Bagi sesiapa yang ingin membeli ikan terubok masin PASTIKAN!!!!! anda membeli ikan terubok masin yang telah MATANG (DEWASA).

Kebanyakkan pengguna hanya membeli ikan terubok masin di pasaran hanya kerana ianya dinamakan IKAN TERUBOK MASIN. Anda juga perlu bijak memilih Ikan Terubok Masin ASLI dari Sarawak.. Anda juga perlu bijak mengenalpasti yang mana empirit dan yang mana terubok matang.

Tidak semua yang tahu mengenai ini…Hanya tengok ikan terubok masin lalu beli…. Sebagai pengguna ANDA harus mengetahui HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA.. Selidik dahulu….

Tapi bagaimana hendak mengetahui bentuk ikan terubok dewasa dan empirit Saya lihat semua ikan terubok masin sama saja ???

Empirit banyak didapati pada permulaan musim dan dipenghujung musim terubok. Purata bilangan telur dalam ovari ikan terubok betina adalah lebih kurang 500,000 hingga 2 juta telur dan daripada jumlah itu kurang lima peratus saja yang berjaya menetas, seterusnya membesar sebagai empirit kemudian menjadi matang sebagai yang dikenali sebagai terubuk dan bergantung kepada saiz ikan tersebut. Proses peneluran ini berlaku hanya sekali dalam setahun iaitu dari bulan Jun hingga Oktober.

Terubok banyak ditangkap di muara sungai apabila terdapat tahap kemasinan yang agak rendah. Keadaan ini juga ada mempunyai kaitan dengan jumlah hujan dari hulu sungai.

TERUBUK di Sarawak hanya dapat ditentukan jantinanya apabila menjangkau usia dua tahun dan bertelur. Sebelum tempoh itu, ketika berusia bawah setahun, ikan banyak tulang berkenaan dikenali sebagai empirit di kalangan penduduk tempatan. Saiznya sekitar 27 sentimeter panjang.

Mengikut kajian Commonwealth Scientific & Industrial Research Organisation (CSIRO Australia), Ikan terubok mempunyai sejarah putaran kehidupan yang sangat komplek dan ikan ini akan betukar jantina (protandrous hermaphrodite) and hanya hidup diantara 2 hingga 3 tahun.

Seekor terubuk yang berusia dua tahun, mampu menghasilkan antara 500,000 hingga 2 juta telur dan daripada jumlah itu kurang lima peratus saja yang berjaya menetas, seterusnya membesar sebagai empirit kemudian matang sebagai terubuk.


Jom menikmati nyaaa... mabelousssss.!!!! meleleh air liur.. apa lagi 




No comments:

Post a Comment