SELAMAT DATANG..... WELCOME..... AHLAN WA SAHLAN ..... 欢迎光临..... வரவேற்பு..... BIENVENUE..... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG KAMI

Sunday 2 June 2013

PINGAT DAN DARJAH KEBESARAN

Setiap kali berlangsungnya Majlis Keputeraan Yang Dipertuan Agong dan Majlis Keputeraan  Baginda Sultan/Raja-Raja Melayu. Maka ramailah yang akan dianugerahkan pingat kebesaran diraja. Ada yang bergelar Dato; , Datuk , Tan Sri , Datuk Paduka , Datuk Seri dan sebagainya.
                    



Darjah Kebesaran Persekutuan ialah darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada rakyat jelata Malaysia.
Berikut ialah senarai Darjah Kebesaran Persekutuan:
  1. Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M.)
  2. Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.)
  3. Darjah-darjah Yang Mulia Pangkuan Negara:
    1. Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) (membawa gelaran Tun dan isteri bergelar Toh Puan)
    2. Panglima Mangku Negara (P.M.N.) (membawa gelaran Tan Sri dan isteri bergelar Puan Sri)
    3. Johan Mangku Negara (J.M.N.)
    4. Kesatria Mangku Negara (K.M.N.)
    5. Ahli Mangku Negara (A.M.N.)
    6. Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.)
  4. Darjah-darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia
    1. Seri Setia Mahkota (S.S.M.) (membawa gelaran Tun dan isteri bergelar Toh Puan)
    2. Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) (membawa gelaran Tan Sri dan isteri bergelar Puan Sri)
    3. Johan Setia Mahkota (J.S.M.)
  5. Darjah Yang Mulia Jasa Negara
    1. Panglima Jasa Negara (P.J.N.) (membawa gelaran Datuk dan isteri bergelar Datin)
  6. Darjah-darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja
    1. Panglima Setia Diraja (P.S.D.) (membawa gelaran Datuk dan isteri bergelar Datin)
    2. Johan Setia Diraja (J.S.D.)
    3. Kesatria Setia Diraja (K.S.D.)
    4. Bentara Setia Diraja (B.S.D.)
  7. Darjah Bakti
  8. Darjah-darjah Gagah Perkasa
    1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P)
    2. Panglima Gagah Berani (P.G.B.)
    3. Jasa Perkasa Persekutuan (J.P.P.)
    4. Pingat Tentera Udara (P.T.U.)
    5. Kepujian Peruntukan Keberanian (K.P.K.)
  9. Bintang dan Pingat bagi perkhidmatan cemerlang dan kelakuan terpuji
    1. Pingat Kebaktian (P.K.)
    2. Pingat Khidmat Berbakti (P.K.B.)
    3. Pingat Perkhidmatan Am (P.P.A.)
    4. Pingat Perkhidmatan Setia (P.P.S.)
  10. Pingat-pingat Peringatan
    1. Pingat Peringatan Malaysia Emas (P.P.M.)
    2. Pingat Peringatan Malaysia Perak (P.P.M.)
    3. Pingat Peringatan Malaysia Gangsa (P.P.M.)

No comments:

Post a Comment