SELAMAT DATANG..... WELCOME..... AHLAN WA SAHLAN ..... 欢迎光临..... வரவேற்பு..... BIENVENUE..... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG KAMI

Monday 3 June 2013

SEGALANYA KUININ : Cinchona officinalis

Pokok kuinin atau nama sainsnya Cinchona officinalis,
Isinya yang berwarna Kuning Pekat, Rasanya manis , Baunya Harum. Sedap dimakan terus atau dibuat sambal belacan..
Buah macam mangga bentuk bulat bujur , padat 

Bunga kemerah merahan.. sekali pandang tak ada beza dengan bunga mangga


Perhatikan rupa bentuk daunnya.


Ini dia dari dekat buah Kuinin


Pokok Kuinin yang sedang berbuah lebat.


Mari-mari ...buah kuinin untuk dijual , untuk dimakan..


Buah Kuinin apabila masak.. buahnya akan jatuh sendiri. Tak payah sibuk2 nak panjat. Tapi kalau nak banyak dan untuk dijual.. panjat je lah dan perap buah yang dah tua tu.

Sedapnyerrr... jom makan  


 Waaaa...hmmni sedap, makan dengan nasi...aduhh bertambah, tapi bagi yang suka, kalau tak, suka makan lah benda lain pulak yeaa. Ini atas permintaan bonda, dia gemar sangat makan kerabu buah kunin yang diletak santan macam dalam gambar tu. Buat dia teramat lah senang dan sedap dimakan segera atau dibiarkan sekejap. Selalunya buah kuinin digunakan, buah bacang juga boleh, tapi ianya agak berserat....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji buah kunin, cuci, kupas dan hiris nipis isinya,
1 biji bawang besar, hiris halus2
1 cawan santan
1/2 inci belacan, dibakar
1 camca besar lada hitam
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tumbuk halus lada hitam, kemudian masukkan belacan dan tumbuk hingga sebati. Cedok keluar dan masukkan dalam santan. Perasakan dengan garam secukup rasa dan gula. Kacau rata.
  2. Masukkan hirisan buah kuinin dan hirisan halus bawang besar, kacau rata dan rasa, jika ok boleh hidangkan atau simpan dalam peti sejuk sebentar sebelum dihidangkan...Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment