SELAMAT MELAKSANAKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA LAGI PENUH KEBERKATAN
Melainkan... Mereka yang beriman, Mereka yang beramal soleh , Mereka yang berpesan dengan kebenaran , & Mereka yang sentiasa sabar ...
Thursday, 18 July 2013
Wednesday, 17 July 2013
TAQWA ADALAH SUATU YANG MAHAL.. MARILAH MILIKI PAKEJ UNTUK MENJADI TAQWA SEBENAR
Pengajaran Dari Surah Al Mukminun (ayat 1 – 11)
Berikut adalah catatan ringkas
yang dapat dikongsi bersama: Berpuasa itu hasilnya agar beroleh ketaqwaan. Nak
dapat taqwa tu bukan mudah. Taqwa itu merupakan ciri-ciri orang beriman. Setiap
mukmin hendaklah memiliki pakej yang lengkap supaya beroleh taqwa yang
sebenarnya. Nilai pakej mukmin yang Berjaya lagi bertaqwa itu disebutkan dalam
surah al mukminun ini.
سُوۡرَةُ
المؤمنون
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ
هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢)وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ
(٣) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِلزَّكَوٰةِ فَـٰعِلُونَ (٤)وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ
حَـٰفِظُونَ (٥) إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٲجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ
أَيۡمَـٰنُہُمۡ فَإِنَّہُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ (٦)فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٲلِكَ
فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ (٧) وَٱلَّذِينَ هُمۡ
لِأَمَـٰنَـٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٲعُونَ (٨) وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ
صَلَوَٲتِہِمۡ يُحَافِظُونَ (٩) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡوَٲرِثُونَ (١٠)ٱلَّذِينَ
يَرِثُونَ ٱلۡفِرۡدَوۡسَ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ (١١)
1.Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang
beriman. (1)
2.Iaitu mereka yang khusyuk dalam
sembahyangnya. (2)
3.Dan mereka yang menjauhkan diri dari
perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (3)
4.Dan mereka yang berusaha membersihkan
hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). (4) 5.Dan mereka yang menjaga
kehormatannya. (5)
6.Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya
maka sesungguhnya mereka tidak tercela. (6) 7.Kemudian, sesiapa yang mengingini
selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. (7)
8.Dan mereka yang menjaga amanah dan
janjinya. (8)
9.Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
(9)
10.Mereka itulah orang-orang yang berhak
mewarisi. (10)
11.Yang
akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (11).
Surah al-Mu’minun itu keseluruhannya diturunkan di Mekah, kecuali ayat 75-77 sahaja diturunkan di Madinah. Ayat 1-11 surah al-Mu’minun itu memperkatakan tentang tujuh perkara utama yang menyebabkan seseorang itu berjaya atau tujuh sifat mulia.
Surah al-Mu’minun itu keseluruhannya diturunkan di Mekah, kecuali ayat 75-77 sahaja diturunkan di Madinah. Ayat 1-11 surah al-Mu’minun itu memperkatakan tentang tujuh perkara utama yang menyebabkan seseorang itu berjaya atau tujuh sifat mulia.
Pertama, mereka yang beriman itu akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan kerana mereka membenarkan Allah, rasul dan hari akhirat dan mendapat balasan syurga yang kekal selamanya. Mengekalkan keimanan. Orang yang beriman yang Berjaya hendaklah memiliki ciri-ciri berikut
Kedua,
mereka yang khusyuk dalam solat dengan memberi tumpuan untuk mengingati Allah
terhadap kebesaran-Nya dan takutkan azab-Nya. Cuba semak diri sendiri dah
khusyuk ke belum solat kita. Kusyuk adalah anugerah. Ramai antara kita ketika
solat buat “dosa”..mengata dalam solat, menerawang sampai London, mengingati
selain Allah dan macam2.. berusahalah kearah mencari khusyuk..memohon kepada
Allah agar beroleh khusyuk dalam solat. Selagi masih belum khusyuk.. kita belum
menjadi mukmin yang Berjaya. ORANG
KHUSYUK IALAH MAKIN LAMA SOLAT MAKIN SUKA..MAKIN SERONOK. JIKA MAKIN LAMA MAKIN
PENAT..MAKIN BORING, MAKIN NAK CEPAT HABIS.. TU TANDANYA BELUM ADA KHUSYUK.
Ketiga, mereka yang menjauhi perkara-perkara
yang melalaikan. Contohnya seperti bohong, mencela, senda gurau, kelakar,
berbual kosong, lawak jenaka dan sebagainya. Macam-macam aktiviti hari ini yang
dikira sia-sia. Lebih-lebih lagi kata-kata dari mulut kita. Lidah tak bertulang
Keempat,
mereka yang mengeluarkan zakat sebagai tanda menyucikan diri dan harta daripada
sifat kedekut dan mementingkan diri tertutamanya. Harta kita yang sebenar ialah
yang kita belanjakan, infaqkan dijalan Allah. Melalui zakat dan sedekah kita
dapat pahala yang berterusan walaupun
kita dah mati. Harta yang disimpan banyak2 yang ditinggalkan silap2 menjadi
bala dan dosa pula bila harta tersebut menjadi rebutan dan digunakan dijalan
yang kita pun tak tahu.
Kelima,
mereka yang menjaga kehormatan mereka daripada segala perbuatan maksiat seperti
berzina, homoseks dan sebagainya yang diharamkan oleh Allah. Nafsu sex
hendaklah disalurkan dengan cara yang halal. Menikah jalan terbaik.
Keenam,
mereka yang menjaga amanah dan janji iaitu apabila diberi amanah tidak khianat
dan apabila berjanji ia tidak pula mungkir. Terlalu banyyak amanah yg kita
pikul, amanah sebagai bapa, sebagai ibu, sebagai anak, sebagai penjawat awam,
penjawat mana-mana tugas kemasyarakatan dan sebagainya. Laksanakan amanah
tersebut. Jangan pegang jawatan tak buat kerja.
Ketujuh,
mereka yang menjaga solat. Menunaikan solat tepat pada waktunya dan sempurna
rukun-rukunnya. Solat adalah fardhu, rukun islam dan solat juga tiang agama.
Mukmin yang Berjaya akan sentiasa jaga solatnya. Ditambah dengan yang sunat.
Kesimpulannya, untuk menjadi seorang mukmin yang berjaya ketujuh-tujuh perkara sifat ini perlu ada dalam diri seorang mukmin supaya dapat menjadi seorang hamba yang taat dan patuh kepada perintah Allah dan dikasihiNya dan menjadi hamba yang memperoleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Moga puasa Ramadhan kali ini dapat membina dan meningkatkan nilai sebenar keimanan dan menjadi mukmin yang benar-benar Berjaya. Amin
kELEBIHAN BULAN RAMADHAN
Kelebihan Bulan Ramadhan
Oleh Ustaz Dr Udah Mohsin
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين. والصلاة والسلام على أشرف
المرسلين سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
Kelebihan Bulan Ramadhan Dan Cara Menghayatinya
Bulan
Ramadhan adalah berbeza dengan bulan-bulan yang lain kerana bulan Ramadhan ini
mempunyai kelebihannya sendiri yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain.
Oleh itu kita hendaklah menghayati bulan Ramadhan ini lebih istimewa dari
bulan-bulan yang lain. Dalam tulisan ini akan disentuh beberapa pekara yang
sewajibnya dan yang sebaik-baiknya dilakukan dalam bulan yang mulia dan
berkat ini.
Kelebihan bulan Ramadhan
Untuk mengetahui kelebihan bulan Ramadhan, bolehlah
dilihat dari nas-nas berikut. Antaranya:
Firman
Allah s.w.t.
{ شَهْرُ رَمَضَانَ
الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى
وَالْفُرْقَانِ} [البقرة : 185
Bermaksud: Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia, dan penjelasan mengenai petunjuk, dan pemisah (antara yang hak dengan yang batil)
Nas
di atas menunjukkan bahawa al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan
yang memisahkan di antara haq dengan batil itu diturunkan dalam bulan Ramadhan.
Firman-Nya lagi:
{ إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ
إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ (3) فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ (4) [الدخان
: 3 - 4
Bermaksud: Bahawasanya
Kami menurunkannya (Al-Quran) pada malam yang berkat, bahawasanya Kamilah yang
memberi peringatan. Pada malam yang berkat itu dijelaskan dan ditetapkan setiap
perkara yang mempunyai hikmah.
Nas
di atas menunjukkan bahawa al-Quran itu diturunkan pada malam yang berkat dan
pada malam yang berkat itu dijelaskan dan ditetapkan setiap perkara. Malam
yang berkat ialah laylah al-qadr kerana firman Allah:
{إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ
فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1)} [القدر : 1]
Bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkannya )al-Quran) pada laylah al-qadr.
Maksud,
pada malam yang berkat itu dijelaskan dan ditetapkan setiap perkara,
menurut Ibn kathir: Pada malam laylah al-qadr itu dijelaskan
dari al-lawh al-mahfuz kepada malaikat akan perkara yang akan
berlaku (bagi seseorang) dalam setahun, mengenai ajal, rezeki dan lain-lain.
Inilah yang diriwayatkan daripada Ibn `Umar dan lain-lain dari kalangan salaf.
(Ibn kathir 7: 246). Menurut `Izz al-Din Ibn Abd al-Salam: Pada malam itu
ditulis rezeki, ajal, kebahagiaan dan kecelakaan (seseorang) dari setahun ke
setahun. (Ibn Abd al-Salam t.t. 6: 13).
Apabila
telah dijelaskan sebelum ini bahawa al-Quran itu diturunkan pada bulan Ramadhan
maka malam yang berkat yang padanya dijelaskan dan ditetapkan setiap perkara
adalah dalam bulan Ramadhan.
Firman-Nya lagi:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1)
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ
أَلْفِ شَهْرٍ (3) تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ
مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (4) سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ 5
(القدر
Bermaksud: Sesungguhnya
Kami menurunkannya )al-Quran) pada laylah al-qadr. Dan apa yang
mengetahuikan engkau, apa itu laylah al-qadr? Laylah al-qadr adalah
lebih baik dari seribu bulan. Turun para malaikat dan Jibril pada malam itu
dengan izin dari Tuhan mereka, membawa segala perkara. Selamatlah malam yang berkat
itu sehingga terbit fajar.
Nas
di atas menunjukkan bahawa al-Quran itu diturunkan pada laylah al-qadr. laylah
al-qadr adalah lebih baik dari seribu bulan (yang lainnya). Pada
malam itu malaikat turun ke dunia membawa segala perkara, dan malam itu
adalah malam yang selamat sejahtera sehingga terbit fajar. Maksud
malaikat turun ke dunia membawa segala perkara, menurut Ibn Abd al-Salam
ialah perkara yang telah ditentukan pada malam itu dari rezeki, ajal (seeorang)
dan yang lainnya. (Ibn Abd al-Salam t.t. 8: 73). Menurut Ibrahim
al-Qattan dalam Taysir al-Tafsir: Para malaikat dan jibril turun pada malam itu
dengan izin Tuhan mereka berserta dengan berkat dan rahmat Allah. (Ibrahim
al-Qattan t.t. 3: 443).
Telah
dijelaskan bahawa al-Quran itu diturunkan pada bulan Ramadhan maka laylah
al-qadr adalah pada bulan Ramadhan.
Mengenai
kelebihan bulan Ramadhan juga ialah:
عَنْ عَائِشَةَ
قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
وَيَقُولُ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ
رَمَضَانَ (صحيح البخاري )
Bermaksud: Daripada
`Aisah r.a.`. katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. beri`tikaf di masjid pada 10
yang akhir dari bulan Ramadhan, dan bersabda: Berusaha sungguh-sungguhlah untuk
mendapatkan laylah al-qadr pada 10 yang akhir dari bulan Ramadhan.
Nas yang lain:
- عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ
الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
صحيح البخاري )-)
Bermaksud: Daripada
`Aisah r.a.`. katanya: Bahawa Rasulullah bersabda: Berusaha sungguh-sungguhlah
untuk mendapatkan laylah al-qad pada malam yang ganjil dari 10 yang akhir bulan
Ramadhan.
Dua nas di atas menunjukkan
bahawa Rasulullah s.a.w. beri`tikaf di
masjid pada 10 yang akhir bulan Ramadan dan Baginda menyuruh umatnya supaya
mendapatkan laylah al-qadr pada 10 yang akhir bulan Ramadhan khususnya pada
malam yang ganjil.
Mengenai
kelebihan bulan Ramadhan juga:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ
عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَتُغْلَقُ فِيهِ
أَبْوَابُ الْجَحِيمِ وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ لِلَّهِ فِيهِ
لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ
سنن النسائي بشرح السيوطي وحاشية السندي ، 434 :4
Bermaksud: Daripada
Abu Hurayrah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Ramadhan telah datang kepada
kamu, Ia merupakan bulan yang berkat, Allah A.W.J. memfardukan ke atas kamu
puasa di bulan itu, dibuka padanya pintu-pintu langit,
ditutup padanya pintu-pintu neraka, dibelenggu pada syaitan-syaitan
yang amat jahat. Pada bulan Ramadhan itu terdapat satu malam yang
lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan kebaikannya maka
sesungguhnya dia diharamkan.
Nas
di atas menunjukkan bahawa bulan Ramadhan itu adalah bulan berkat, dibuka
pintu-pintu langit, ditutup pintu neraka, dibelenggu segala syaitan
yang amat jahat, pada bulan ini terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu
malam, sesiapa yang diharamkan mendapatkan kebaikan malam itu maka
dia diharamkan (dari mendapatkannya).
Ya
Allah, jadikanlah kami dari kalangan orang yang mendapat kebaikan malam yang
lebih baik dari 1000 malam, iaitu malam laylah al-qadr. Ya
Allah berilah kami kebaikan laylah al-qadr, dan jadikanlah
kami dari kalangan orang yang mendapatkannya.
Dalam
nas yang lain Rasulullah bersabda:
إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ
الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ
صحيح البخاري - (11 / 55)
Bermaksud: Apabila
masuk bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu
neraka jahanam dan dibelenggu syaitan-syaitan.
Dalam
riwayat lain:
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ
الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ
صحيح مسلم - (5 / 337)
Dua
nas di atas menunjukkan apabila masuk bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga
dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.
Dalam
riwayat yang lain:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ
الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ
يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا
بَابٌ وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ
الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ قَالَ
وَفِي الْبَاب عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ وَابْنِ مَسْعُودٍ وَسَلْمَانَ
سنن الترمذى، صحيح ابن حبان، 8:
222 ، صحيح ابن حزيمة 3: 188 ، المستدرك على الصحيحين للحاكيم مع التعليقات الذهبى
فى التلحيص 1: 582))
Bermaksud:
… Dan menyeru oleh (malaikat ) yang menyeru: Wahai orang yang suka
kebaikan, Lakukanlah!, wahai orang yang sukakan kejahatan, kurangkanlah! Bagi
Allah, ramai orang yang dimerdekakan dari neraka. Yang demikian itu
adalah setiap malam.
Di
antara kandungan nas di atas ialah pada setiap malam Ramadhan Allah
memerdekakan (melepaskan ramai orang) dari api neraka.
Di
antara kelebihan Ramadhan juga ialah:
عن ابْنَ عَبَّاسٍ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
كَانَ النَّبِيُّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ
أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ
عَلَيْهِ السَّلَام يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ
يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا
لَقِيَهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ
الْمُرْسَلَةِ
صحيح البخاري - (6 /
470)
Bermaksud:
Daripada Ibn `Abbas r.a.`.katanya: Adalah Nabi s.a.w. manusia yang
paling pemurah dengan kebaikan, dan Baginda yang paling pemurah
adalah dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan adalah Jibril menemui
baginda setiap malam pada bulan Ramadhan sehingga Ramadhan berlalu, Nabi
membaca al-Quran kepada Jibril. Apabila Jibril `a.s. menemui Baginda, Baginda
adalah lebih pemurah dari angin yang bertiup kencang (dengan membawa
hujan rahmat).
Di
antara apa yang difahami dari nas di atas ialah Rasulullah amat pemurah dengan
kebaikan dalam bulan Ramadhan, lebih pemurah dari bulan-bulan yang lain. Dan
dalam bulan Ramadhan juga Rasulullah bertadarus al-Quran dengan Jibril.
Beberapa Kemenangan Besar
Di
antara kemenangan-kemenangan besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan ialah
peperangan Badr. Ibn kathir ketika menjelaskan firman Allah:
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْر
Yang
bermaksud: Dan sesungguhnya Allah telah memberi pertolongan kepada kamu
pada peperangan Badr. Ia berlaku pada hari Jumaat 17 Ramadhan, tahun
kedua hijrah. (Ibn kathir 2: 111)
Pembukaan
Makkah juga adalah berlaku dalam bulan Ramadhan.
وكان فتح مكة في رمضان
الموطأ - رواية محمد بن الحسن - (2 / 177)
صحيح ابن حبان - (9 / 261)
Bermaksud: Adalah
Makkah dibuka pada bulan Ramadhan.
Dari
apa yang telah dibentangkan ternyata bulan Ramadhan itu mempunyai banyak
kelebihannya. Ia adalah merupakan bulan yang berkat, dibuka pintu-pintu syurga,
ditutup pintu-pintu nereka dan dibelenggu syaitan yang amat jahat itu. Dalam
bulan yang berkat ini diwajibkan berpuasa, diturunkan al-Quran yang menjadi
panduan hidup kepada manusia. Dalam bulan yang berkat ini terdapat laylah
al-qadr yang lebih baik dari 1,000 bulan yang lain. Dalam bulan yang
berkat ini Rasulullah s.a.w. melebih banyakkan segala bentuk kebaikan dan pada
malam bulan yang mulia ini Rasulullah bertadarus al-Quran bersama Jibril. Dari
segi sejarahnya pula kemenangan-kemenangan besar berlaku dalam bulan Ramadhan
seperti peperangan Badr dan pembukaan Makkah. Marilah sama-sama kita berusaha
agar kita adalah dari kalangan orang yang mendapat kebaikan, kelebihan dan
kejayaan dari bulan yang penuh berkat ini dan berdoa kepada Allah agar
mengurniakannya kepada kita.
Doa ketika berbuka adalah mustajab
عن عَبْدِ الله بْنِ
عَمْروٍ ، رَضِيَ الله عَنْهُمَا , سَمِعْتُ رَسُولَ الله صَلَّى الله عَلَيه
وسَلَّم يَقُولُ : لِلصَّائِمِ عِنْدَ إِفْطَارِهِ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ فَكَانَ
عَبْدُ الله بْنُ عَمْروٍ إِذَا أَفْطَرَ دَعَا أَهْلَهُ وَوَلَدَهُ وَدَعَا.
رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ
الطَّيَالِسِيُّ.
وَرَوَاهُ ابْنُ
مَاجَةَ وَالْحَاكِمُ ، وَالْبَيْهَقِيُّ فِي الْكُبْرَى مِنْ طَرِيقِ ابْنِ أَبِي
مُلَيْكَةَ عَنْ عَبْدِ الله بْنِ عَمْروٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى
الله عَلَيه وسَلَّم : إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَة مَا تُرَدُّ
قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ الله يَقُولُ عِنْدَ فِطْرِهِ : اللهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ
بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي - زَادَ فِي
رِوَايَةٍ : ذُنُوبِي لَفْظُ ابْنِ مَاجَةَ وَإِسْنَادُهُ صَحِيحٌ.
وَلَهُ شَاهِدٌ مِنْ
حَدِيثِ أَبِي هُرَيْرَةَ رَوَاهُ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ وَالْبَزَّارُ
وَالتِّرْمِذِيُّ وَحَسَّنَهُ ، وَابْنُ مَاجَةَ وَابْنُ خزيمَةَ , وابن حبان في
صحيحيهما.
إتحاف الخيرة المهرة -
(3 / 102)
Bermaksud: Daripada
Abd Allah bin `Umrw r.a.`. aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Bagi orang
yang berpuasa ketika ia berbuka terdapat doa yang tidak ditolak/diperkenankan. Abd
Allah bin `Amrw berdoa ketika beliau berbuka:
اللهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي
وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي - زَادَ فِي رِوَايَةٍ : ذُنُوبِي
Bermaksud: Ya
Allah! Bahawasanya aku bermohon kepada–Mu dengan rahmat-Mu yang Engkau luaskan
kepada segala sesuatu, bahawa Engkau mengampuni aku, dalam satu
riwayat, dosaku. (mengampuni dosaku).
Doa setelah berbuka puasa.
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَفْطَرَ قَالَ اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ
أَفْطَرْتُ
سنن أبى داود – (6 / 309)
Bermaksud: Bahawasanya
Nabi s.a.w. apabila Baginda telah berbuka berdoa:
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ
أَفْطَرْتُ
Ya Allah! Bagi-Mu aku berpuasa, dan di atas rezeki-Mu aku berbuka.
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ إِذَا أَفْطَرَ قَالَ ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ
وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
سنن أبى داود – (6 / 308)
Bermaksud: Adalah
Rasulullah s.a.w. apabila Baginda telah berbuka berdoa:
ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ
وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Hilang dahaga, basahlah peluh dan mendapat pahala إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Doa orang yang berpuasa tidak ditolak
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ
وَالْإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ يَرْفَعُهَا اللَّهُ فَوْقَ
الْغَمَامِ وَيَفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ وَيَقُولُ الرَّبُّ وَعِزَّتِي
لَأَنْصُرَنَّكِ وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ
حَسَنٌ
سنن الترمذى - (12 / 25)
Bermaksud: Daripada
Abu Hurayrah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: tiga (golongan manusia) tidak
ditolak doa mereka. Orang yang puasa sehingga dia berbuka, imam (pemerintah)
yang adil dan doa orang yang dizalimi, Allah mengangkat doanya ke atas awan Dan
Allah buka untuknya pintu-pintu langit, dan Allah berkata: Aku akan tolong
engkau walau setelah satu masa.
Di
antara kandungan hadith di atas ialah doa orang yang berpuasa tidak ditolak.
Oleh itu banyakkan berdoa kepada Allah semasa ketika kita berpuasa, khususnya
dalam bulan Ramadhan yang berkat ini
Doa ketika melihat anak bulan
عن طلحة بن عبيد الله رضي الله عنه أن النبي صلى
الله عليه وسلم كان إذا رأى الهلال قال: اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا
بِالأَمْنِ وَالإِيمَانِ ، وَالسَّلاَمَةِ وَالإِسْلاَمِ ، رَبِّي وَرَبُّك
اللَّهُ هلال رشد وخير
رواه الترمذي وقال: حديث حسن
شرح رياض الصالحين - (1 / 1409)
Bermaksud: Daripada
Talhah bin `Ubud Allah r.a.`. bahawa Nabi s.a.w. apabila Baginda melihat anak
bulan Baginda berdoa:
: اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالأَمْنِ
وَالإِيمَانِ ، وَالسَّلاَمَةِ وَالإِسْلاَمِ ، رَبِّي وَرَبُّك
اللَّهُ هلال رشد وخير
Bermaksud: Ya
Allah perlihatkanlah anak bulan kepada kami dengan aman dan iman, selamat dan
Islam. Tuhanku dan tuhan kamu adalah Allah, awal bulan yang cerdik dan baik.
Cara menghayati Ramadhan
Berpuasa
Berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah wajib. Firman
Allah:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ
الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ
شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ
[البقرة : 185
Bermaksud: Bermaksud:
Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia,
dan penjelasan mengenai petunjuk, dan pemisah (antara yang hak dengan yang
batil), maka sesiapa dari kalangan kamu yang menyaksikan bulan Ramadhan itu
hendaklah dia berpuasa.
Ayat
di atas menunjukkan bahawa sesiapa yang menyaksikan bulan Ramadhan hendaklah
dia berpuasa. Nas yang lain yang menunjukkan kepada perintah puasa pada bulan
Ramadhan,
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ
إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ
وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
صحيح البخاري - (1 / 11)
Bermaksud: Daripada Ibn
Umar r.a.`.katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Diasaskan Islam itu kepada lima
(perkara). Menyaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya
Muhammad itu adalah Rasul Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat,
mengerjakan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.
Kelebihan berpuasa
Manakala
mengenai kelebihan berpuasa pula antara lain:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ
قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ وَالَّذِي
نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى
مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي
الصِّيَامُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا
صحيح البخاري - (6 / 457)
Bermaksud: Puasa itu
adalah perisai, oleh itu maka janganlah orang yang berpuasa itu melakukan
perkara keji dan melakukan perbuatan orang jahil. Jika ada orang yang
mengaduhinya atau memakinya maka hendaklah dia berkata, aku puasa. Diulang dua
kali. Demi yang diriku di dalam kekuasaan-Nya sesungguhnya perubahan bau mulut
orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari minyak wangi kasturi. Dia
meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana Aku. Puasa itu adalah untukKu
dan Aku yang membalasnya. Satu kebaikan itu dibalas dengan 10 yang seumpamanya.
Di
antara apa yang boleh difahami dari nas di atas ialah puasa iatu adalah untuk
Allah dan Dia yang akan membalasnya, tidak seperti kebaikan-kebaikan yang lain,
satu kebaikan dibalas dengan sepuloh. Balasan pahala puasa hanya Allah yang
mengetahuinya. Oleh itu sama-samalah kita memperelokkan puasa kita, mudah-
mudahan puasa kita mendapat balasan yang amat besar dari Allah.
Puasa
merupakan ibadah yang lama, satu hari, sejak dari terbit fajar sehingga
terbenam matahari. Oleh itu seseorang itu terus mendapat pahala yang
berpanjangan sejak dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Dengan itu jika
seseorang itu membaca al-Quran maka dia mendapat pahala yang berganda, di
samping pahala membaca al-Quran adalah pahala puasa. Seperti itu juga jika dia
mengerjakan kebaikan-kebaikan yang lain.
Sembahyang fardu
Dalam
bulan Ramadhan di samping seseorang itu berpuasa wajiblah ke atasnya
mengerjakan sembahyang fardu lima waktu, sama seperti bulan-bulan yang lain.
Perintah sembahyang dalam al-Quran adalah amat banyak. Di antarnya:
{ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ
وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ (56) } [النور : 56 ، 57]
Bermaksud: Dan
hendaklah kamu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan taat kepada
Rasulullah mudah-mudahan kamu dirahmati
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ
إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ
وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
صحيح البخاري، الإيمان))
Bermaksud: Islam
itu diasaskan kepada lima perkara, mengucap kalimah syahadah iaitu أشهد أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وأشهد
َأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ, mendirikan
sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan
Ramadhan.
Rasulullah
s.a.w. bersabda mengenai orang yang meninggalkan sembahyang:
الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ
الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ». وَفِى الْبَابِ عَنْ أَنَسٍ وَابْنِ
عَبَّاسٍ. قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ. (سنن
الترمذى، الإيمان)
Bermaksud: Perjanjian yang antara kita dengan mereka ialah
sembahyang maka sesiapa yang meninggalkannya sesunguhnya dia telah
kafir.
Dalam
hadith ini Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa orang yang meninggalkan
sembahyang adalah kafir. Sabda Baginda lagi:
إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ
وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلاَةِ. (صحيح مسلم، الإيمان)
Bermaksud: Bahawasanya
di antara seseorang itu dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan sembahyang.
Ini
bererti sesiapa yang meninggalkan sembahyang dia adalah kafir. Maksud kafir di
sini samada kafir hakiki atau kafir nikmat ia jelas menunjukkan betapa buruknya
orang yang meninggalkan sembahyang itu.
Perintah sembahyang fardu dengan berjamaah
{ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ
وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ (43) أَ} [البقرة : 43 ، 44]
Bermaksud:Dirikanlah
sembahyang, keluarkanlah zakat dan rukuklah bersama-sama orang yang rukuk.
Dalam
ayat ini Allah s.w.t. menyuruh orang mukmin supaya rukuk bersama-sama dengan
orang-orang yang rukuk, tidak hanya rukuk sendiri, tetapi hendaklah
bersama-sama dengan orang-orang lain yang rukuk. Ini menunjukkan kepada suruhan
berjemaah.
Nas
yang lain:
وَالَّذِى نَفْسـِى بِيَدِهِ لَقَدْ هَمَمْتُ
أَنْ آمُرَ بِحَطَبٍ فَيُحْطَبَ، ثُمَّ آمُرَ بِالصَّلاَةِ فَيُؤَذَّنَ لَهَا،
ثُمَّ آمُرَ رَجُلاً فَيَؤُمَّ النَّاسَ، ثُمَّ أُخَالِفَ إِلَى رِجَالٍ
فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ، وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ لَوْ يَعْلَمُ
أَحَدُهُمْ أَنَّهُ يَجِدُ عَرْقًا سَمِينًا أَوْ مِرْمَاتَيْنِ حَسَنَتَيْنِ
لَشَهِدَ الْعِشَاءَ (صحيح البخارى، الأذان)
Bermaksud: Demi yang
diriku di dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya aku bercita-cita untuk menyuruh
dibawakan kayu api lalu dinyalakan. Kemudian aku menyuruh didirikan sembahyang.
Lalu dilaungkan azan, kemudian aku menyuruh seorang, lalu dia menjadi imam
kepada orang ramai, kemudian aku pergi bersama-sama. Beberapa orang lelaki dan
aku membakar rumah mereka (yang tidak hadir berjemaah). Demi yang diriku di
dalam kekuasaan-Nya, jika seseorang dari mereka mengetahui bahawa dia akan
dapat sesuatu yang baik nescaya dia akan menghadiri sembahyang isyak berjemaah.
Hadith ini menunjukkan kepada
pentingnya sembahyang berjemaah. Dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w. bersabda:
لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّلاَةِ
فَتُقَامَ ثُمَّ أُخَالِفَ إِلَى مَنَازِلِ قَوْمٍ لاَ يَشْهَدُونَ الصَّلاَةَ
فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ (صحيح البخارى، الخصومات)
Bermaksud: Sesungguhnya
aku bercita-cita untuk menyuruh mendirikan sembahyang lalu didirikan, kemudian
aku pergi ke rumah-rumah mereka yang tidak menghadiri sembahyang
lalu aku membakar ke atas mereka.
Hadith ini menunjukkan kepada
pentingnya sembahyang berjemaah.
Kelebihan sembahyang berjamaah
Di
antara kelebhan sembahyang jamaah ialah sabda Rasulullah s.a.w.:
لاَ يَزَالُ الْعَبْدُ فِى صَلاَةٍ مَا كَانَ فِى
مُصَلاَّهُ يَنْتَظِرُ الصَّلاَةَ وَتَقُولُ الْمَلاَئِكَةُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ
لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ. حَتَّى يَنْصَرِفَ أَوْ يُحْدِثَ ». قُلْتُ مَا
يُحْدِثُ قَالَ يَفْسُو أَوْ يَضْرِطُ. (صحيح مسلم، المساجد )
Bermaksud: Seseorang
hamba Allah itu dikira dalam sembahyang selama dia berada di tempat
sembahyangnya kerana menunggu sembahyang, dan berkata Malaikat: “Ya Allah,
ampuni dosanya dan rahmatilah dia sehingga dia beredar atau dia berhadas”.
Sabda
baginda
مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلاَةِ فَأَسْبَغَ
الْوُضُوءَ ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّلاَةِ الْمَكْتُوبَةِ فَصَلاَّهَا مَعَ
النَّاسِ أَوْ مَعَ الْجَمَاعَةِ أَوْ فِى الْمَسْجِدِ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ
ذُنُوبَهُ. )صحيح
مسلم، الطهارة)
Bermaksud: Sesiapa
yang berwuduk untuk mengerjakan sembahyang lalu dia berwuduk dengan sempurna
kemudian dia pergi ke masjid untuk sembahyang fardhu kemudian dia pun
bersembahyang berserta dengan orang ramai, atau berjemaah atau dalam masjid
maka Allah mengampunkan untuknya dosa-dosanya.
Di antara kelebihan
sembahyang berjemaah juga ialah sabda Rasulullah s.a.w.:
صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلاَةَ الْفَذِّ
بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً. (صحيح البخارى، الأذان)
Bermaksud: Sembahyang
berjemaah lebih afdhal daripada sembahyang seorang diri dengan 27 darjat.
Sabda Baginda lagi:
مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِى جَمَاعَةٍ
فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِى جَمَاعَةٍ
فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ. (صحيح مسلم، المساجد)
Bermaksud: Sesiapa
yang bersembahyang Isyak berjemaah seolah-olah dia bangun sembahyang sunat
separuh malam, dan sesiapa yang bersembahyang Subuh berjemaah maka seolah-olah
dia sembahyang sunat seluruh malam.
Sembahyang-sembahyang sunat termasukklah:
Sembahyang terawih
Pensyaratan sembahyang terawih
عن عُرْوَةُ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهَا أَخْبَرَتْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ خَرَجَ لَيْلَةً مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ فَصَلَّى فِي الْمَسْجِدِ
وَصَلَّى رِجَالٌ بِصَلَاتِهِ فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا فَاجْتَمَعَ
أَكْثَرُ مِنْهُمْ فَصَلَّى فَصَلَّوْا مَعَهُ فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا
فَكَثُرَ أَهْلُ الْمَسْجِدِ مِنْ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ فَخَرَجَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى فَصَلَّوْا بِصَلَاتِهِ
فَلَمَّا كَانَتْ اللَّيْلَةُ الرَّابِعَةُ عَجَزَ الْمَسْجِدُ عَنْ أَهْلِهِ
حَتَّى خَرَجَ لِصَلَاةِ الصُّبْحِ فَلَمَّا قَضَى الْفَجْرَ أَقْبَلَ عَلَى
النَّاسِ فَتَشَهَّدَ ثُمَّ قَالَ أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّهُ لَمْ يَخْفَ عَلَيَّ
مَكَانُكُمْ وَلَكِنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْتَرَضَ عَلَيْكُمْ فَتَعْجِزُوا عَنْهَا
فَتُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْأَمْرُ عَلَى
ذَلِك (صحيح البخاري، كتاب صلاة التراويح، باب فضل من قام رمضان)
Bermaksud:
Daipada `Urwah, bahawa `Aisah r. a. `. mengkhabarkan kepadanya, bahawa pada
satu malam Rasulullah s.a.w. keluar pada waktu tengah malam lalu Baginda
sembahyang di masjid, maka beberapa orang sembahyang mengikut sembahyang
Baginda. Pada waktu pagi orang ramai bercerita, (maka pada waktu malam
berikutnya) berhimpunlah lebih ramai dari mereka (yang sebelumnya), maka
Rasulullah pun sembahyang, lalau orang ramai sembahyang mengikutnya.
Pada waktu pagi orang ramai bercerita, maka pada malam yang ketiganya ramailah
orang-orang di masjid, maka Rasulullah s.a.w. keluar (dan menuju ke dalam
masjid) lalu disembahyangkan dengan sembahyang Baginda (orang ramai mengikut
sembahyang Baginda). Maka pada malam ke empatnya penuh sesaklah masjid dengan ahlinya
sehingga apabila Baginda keluar untuk menunaikan sembahyang Subuh,
setelah Baginda menunaikan sembahyang, Baginda menghadap ke pada orang ramai
dan mengucap sahadah kemudian bersabda, Amma ba`d, sesungguhnya tidak
tersembunyi kedudukan kamu ke atasku, tetapi aku takut akan difardukan ia ke
atas kamu maka kamu lemah/tidak mampu. Rasulullah s.a.w. wafat keadaannya adalah
di atas yang demikian itu.
Berjamaah sembahyang terawih
وَعَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ
الزُّبَيْرِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدٍ الْقَارِيِّ أَنَّهُ قَالَ
خَرَجْتُ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهُ لَيْلَةً فِي رَمَضَانَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَإِذَا النَّاسُ
أَوْزَاعٌ مُتَفَرِّقُونَ يُصَلِّي الرَّجُلُ لِنَفْسِهِ وَيُصَلِّي الرَّجُلُ
فَيُصَلِّي بِصَلَاتِهِ الرَّهْطُ فَقَالَ عُمَرُ إِنِّي أَرَى لَوْ جَمَعْتُ
هَؤُلَاءِ عَلَى قَارِئٍ وَاحِدٍ لَكَانَ أَمْثَلَ ثُمَّ عَزَمَ فَجَمَعَهُمْ
عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ ثُمَّ خَرَجْتُ مَعَهُ لَيْلَةً أُخْرَى وَالنَّاسُ
يُصَلُّونَ بِصَلَاةِ قَارِئِهِمْ قَالَ عُمَرُ نِعْمَ الْبِدْعَةُ هَذِهِ
وَالَّتِي يَنَامُونَ عَنْهَا أَفْضَلُ مِنْ الَّتِي يَقُومُونَ يُرِيدُ آخِرَ
اللَّيْلِ وَكَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ أَوَّلَهُ (صحيح البخاري، كتاب صلاة
التراويح، باب فضل من قام رمضان)
Bermaksud: Daripada Ibn Shihab daripada `Urwah bin al-Zubayr
daripada Abd. Al-Rahman bin Abd. Al-qari’ bahawasanya beliau berkata: Aku
keluar ke masjid bersama-sama `Umar bin al-Khattab r. a.`. pada satu malam
bulan Ramadhan, ketika itu orang ramai berpecah-pecah, ada orang
yang sembahyang sendiri, ada yang sembahyang kemudian di belakangnya terdapat
beberapa orang maka Umar berkata: Aku berpendapat, kalau aku
himpunkan mereka di di belakang imam seorang qari itu adalah lebih
utama, kemudia dia memutuskan azamnya dan menghimpunkan mereka berimamkan `Ubay
bin Ka`ab. Kemudia aku keluar bersamanya pada malam yang lain ketika itu orang
ramai sembahyang mengikut sembahyang qari mereka lalu kata `Umar: Sebaik-baik
bid`ah ialah ini. Dan mereka yang tidur dan bangun pada akhir malam adalah
lebih afdal dari yang sembahyang
pada awalnya. Orang ramai sembahyang pada awalnya.
Al-Hafiz
Ibn Hajar pengarang kitab Fath al-Bari ada menyebut pandangan
ulamak mengenai perkara ini. Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, perkara yang
ditakuti, iaitu ia akan dianggap sebagai wajib sudah tidak akan berlaku, maka
Sadina `Umar meminta supaya mereka semua sembahyang berimamkan Ubay bin Ka`b.
Ia bertujuan untuk menyatukan ummah dan untuk lebih mencergaskan kepada
kebanyakan orang yang sembahyang. Kebanyakan ulama cenderung kepada pendapat
Umar. . (Ibn Hajar t.t. 4: 252)
Kelebihan sembahyang terawih
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا
تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
(صحيح البخاري، كتاب صلاة التراويح، باب فضل
من قام رمضان ) الفتح : 252:4
Bermaksud: Dari
pada abu Hurayrah, Bahawa Rasulullah s. a.w. bersabda: Sesiapa yang
sembahyang bulan Ramadhan (terawih) dengan kedaan beriman dan mengharapkan
(keampunan Allah) diampunkan baginya apa yang terdahulu dari dosa-dosanya.
Sembahyang witir
عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ الْوِتْرُ حَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ
بِخَمْسٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِثَلَاثٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ
أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِوَاحِدَةٍ فَلْيَفْعَلْ
سنن أبى داود - (4 / 206)
Kata
al-Imam al-Nawawi sanadnya sahih (al-Nawawi t.t., 3: 472)
Bermaksud: Daripada
Abu Ayyub al-Ansari katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sembahyang witir itu
adalah tuntutan ke atas setiap orang Muslim, maka sesiapa yang hendak
mengerjakan witir dengan lima rekaat maka bolehlah dia melakukannya, dan
sesiapa yang hendak mengerjakan witir dengan tiga rekaat maka boleh dia
mengerjakannya, dan sesiapa yang hendak mengerjakan witir dengan satu rekaat
maka bolehlah dia mengerjakannya.
Hadith
di atas menunjukkan kepada tuntutan sembahyang witir. Walau bagimanapun
tuntutan ini tidak wajib kerana yang wajib hanya sembahyang fardu lima waktu
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. antara lain, ialah hadith yang panjang,
dalam hadith itu ada disebut:
...فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ فَقَالَ هَلْ
عَلَيَّ غَيْرُهَا قَالَ لَا إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ...
صحيح البخاري - (1 / 80)
Bermaksud: Maka
Rasulullah s.a.w. bersabda: Lima sembahyang dalam satu hari dan satu malam,
maka orang itu berkata: Adakah ke atasku selain darinya? Jawab Baginda: tidak,
kecuali engkau melakukan sunat.
Hadith
yang lain:
عَنْ جَابِرٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَنْ خَافَ أَنْ لَا يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ
أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ
فَإِنَّ صَلَاةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ
و قَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ مَحْضُورَةٌ
صحيح مسلم - (4 / 129)
Bermaksud: Daripada
Jabir katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang takut bahawa dia tidak
bangun pada akhir malam maka dia hendaklah mengerjakan witir pada awalnya, dan
sesiapa yang yakin bahawa dia bangun pada akhir malam maka hendaklah dia
mengerjakan witir pada akhir malam, maka sesungguhnya sembahyang pada akhir
malam iatu adalah disaksikan dan yang demikian itu adalah lebih afdal.
Hadith
di atas adalah menunjukkan kepada pensyariatan witir dan menunjukkan bahawa
mengerjakan witir pada akhir malam adalah lebih afdal dari awal malam dan dari
pertengahan malam.
Hadith
yang lain:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ أَوْتِرُوا قَبْلَ أَنْ تُصْبِحُوا
صحيح مسلم - (4 / 126)
Bermaksud: Daripada
Abu Sa`id bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang
witir sebelum kamu berada dalam waktu Subuh. Hadith di atas
jelas menunjukkan kepada pensyariatan sembahyang witir dan ia hendaklah
dikerjakan sebelum waktu Subuh.
Hadith
yang lain:
عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ الْوِتْرُ حَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ
بِخَمْسٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِثَلَاثٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ
أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِوَاحِدَةٍ فَلْيَفْعَلْ
سنن أبى داود - (4 / 206)
Kata
al-Imam al-Nawawi sanadnya sahih (al-Nawawi t.t., 3: 472)
Bermaksud: Daripada
Abu Ayyub al-Ansari katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sembahyang witir itu
adalah tuntutan ke atas setiap orang Muslim, maka sesiapa yang hendak
mengerjakan witir dengan lima rekaat maka bolehlah dia melakukannya, dan
sesiapa yang hendak mengerjakan witir dengan tiga rekaat maka boleh dia
mengerjakannya, dan sesiapa yang hendak mengerjakan witir dengan satu rekaat
maka bolehlah dia mengerjakannya.
Hadith
di atas menunjukkan kepada tuntutan sembahyang witir. Walau bagimanapun
tuntutan ini tidak wajib kerana yang wajib hanya sembahyang fardu lima waktu
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. antara lain, ialah hadith yang panjang,
dalam hadith itu ada disebut:
...فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ فَقَالَ هَلْ
عَلَيَّ غَيْرُهَا قَالَ لَا إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ...
صحيح البخاري - (1 / 80)
Bermaksud: Maka
Rasulullah s.a.w. bersabda: Lima sembahyang dalam satu hari dan satu malam,
maka orang itu berkata: Adakah ke atasku selain darinya? Jawab Baginda: tidak,
kecuali engkau melakukan sunat.
Sembahyang Rawatib
Sembahyang
sunat rawatib.
Sembahyang
sunat rawatib mengikut bilangan rekaat yang sekurang-kurangnya
iaitu adna al-kamal ada sebanyak 10 rekaat. Iaitu:
*
Dua rekaat sebelum Zuhur.
*
Dua rekaat sesudah Zuhur.
*
Dua rekaat selepas Maghrib.
*
Dua rekaat selepas `Isa
*Dua
rekat sebelum Subuh.
(
al-Shirazi, t.t. 3: 461; al-Nawawi t.t. 3: 462) Ini tidak termasuk Witir.
Sembahyang sunat rawatib yang disebutkan di atas iaitu dua rekaat sebelum
Zuhur, dua rekaat sesudah Zuhur, dua rekaat selepas Maghrib, dua
rekaat selepas `Isya dan dua rekaat sebelum Subuh adalah sembahyang
sunat rawatib yang mu’akkad. (Muhammad al-Sharbini al-Khatib 1995,
1; 115)
Sembahyang
sunat rawatib mengikut kadar yang lebih sempurna (al-akmal) ada sebanyak
18 rekaat, iaitu:
Dua
reka`at sebelum Subuh.
Dua
rekaat selepas Maghrib
Dua
rekaat lepas Isha’
Empat
rekaat sebelum Zuhur
Empat
rekaat lepas Zuhur
Empat
rekaat sebelum `Asar
(
al-Shirazi, t.t. 3: 461; al-Nawawi t.t. 3: 462) Ini tidak termasuk witir. 18
rekaat di atas adalah termasuk yang muakkad dan yang tidak muakkad.
Kelebihan sembahyang rawatib
عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ قَالَتْ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ
لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا
وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ
وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلَاةِ الْفَجْرِ
قَالَ أَبُو عِيسَى وَحَدِيثُ عَنْبَسَةَ عَنْ
أُمِّ حَبِيبَةَ فِي هَذَا الْبَابِ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ
عَنْبَسَةَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ
سنن الترمذى – (2 / 192)
Bermaksud: Daripada
Umm Habibah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang
sembahyang pada satu hari dan satu malam, 12 rekaat dibina untuknya sebuah
rumah di syurga, iaitu empat rekaat sebelum Zuhur, dua rekaat selepasnya, , dua
rekaat selepas Maghrib, dua rekaat selepas `Isya dan dua rekaat sebelum subuh.
عَنْ عَنْبَسَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ قَال
سَمِعْتُ أُخْتِي أُمَّ حَبِيبَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ تَقُولُ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ حَافَظَ عَلَى
أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَأَرْبَعٍ بَعْدَهَا حَرَّمَهُ اللَّهُ
عَلَى النَّارِ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَالْقَاسِمُ هُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ يُكْنَى
أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَهُوَ مَوْلَى عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ خَالِدِ بْنِ
يَزِيدَ بْنِ مُعَاوِيَةَ وَهُوَ ثِقَةٌ شَأْمِيٌّ وَهُوَ صَاحِبُ أَبِي أُمَامَةَ
سنن الترمذى، الصلاة))
Bermaksud: Daripada
`Ambasah bin Abu Sufyan katanya, aku mendengar saudara perempuanku Umm Habibah,
isteri Nabi s.a.w. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa
yang memelihara empat rekaat sebelum Zuhur dan empat rekaat selepasnya, Allah
haramkannya ke atas api neraka.
Hadith
di atas menunjukkan kepada pensyariatan dan kelebihan sembahyang sunat empat
rekaat sebelum dan selepas Zuhur.
Sembahyang tahajjud
Firman Allah:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً
لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا ([الإسراء، 17 : 79]
Bermaksud: Dan
dari waktu malam hendaklah engkau bertahajjud, sebagai sembahyang tambahan
bagimu, semuga Tuhanmu membangkit dan menempatkan engkau di tempat
yang terpuji.
Perintah
Allah ini sekalipun ditujukan kepada Rasulullah s.a.w. tetapi ia juga dituntut
kepada umatnya.
Firman-Nya
lagi:
{إِنَّ
الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ (15) آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ
إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ (16) كَانُوا قَلِيلًا مِنَ
اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ } [الذاريات : 15 - 17]
Bermaksud: Bahawasanya
orang-orang yang bertakwa di dalam taman-taman syurga dengan beberapa mata air
terpancar padanya, mereka sentiasa menerima apa yang dikurniakan kepada mereka
oleh Tuhan mereka, mereka di dunia dahulu adalah orang yang melakukan kebaikan.
Mereka sedikit sahaja tidur dari waktu malam.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه -
يَرْفَعُهُ قَالَ سُئِلَ أَىُّ الصَّلاَةِ أَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوبَةِ وَأَىُّ
الصِّيَامِ أَفْضَلُ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَقَالَ « أَفْضَلُ الصَّلاَةِ
بَعْدَ الصَّلاَةِ الْمَكْتُوبَةِ الصَّلاَةُ فِى جَوْفِ اللَّيْلِ وَأَفْضَلُ
الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ صِيَامُ شَهْرِ اللَّهِ الْمُحَرَّمِ . (صحيح
مسلم، الصيام)
Bermaksud:
Daripada Abu Hurayrah r.a.`. marfu` kepada Rasulullah s.a.w. katanya, Baginda ditanya
mengenai sembahyang yang lebih utama setelah
sembahyang fardu, dan puasa yang lebih utama setelah puasa bulan
Ramadhan? Jawab Baginda ialah: Sembahyang di waktu malam dan puasa
yang paling afdal setelah puasa di bulan Ramadhan ialah puasa bulan Allah,
bulan Muharram
Waktu yang paling baik untu tahajjud
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ « يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ
وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ
اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِى فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِى
فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِى فَأَغْفِرَ لَهُ » (صحيح البخارى، التهجد)
Bermaksud:
Daripada Abu Hurayrah r.a.`. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah
t.w.t., Tuhan kita turun ke langit dunia setiap
malam, ketika tinggal lagi satu pertiga malam yang akhir,
katanya-Nya: Sesiapa yang berdo’a kepada-Ku maka Aku akan perkenankan, sesiapa
yang meminta kepada-Ku Aku akan berikan kepada-Nya, dan sesiapa yang meminta
ampun kepada Aku, Aku beri ampun kepadanya.
Berusaha untuk mendapatkan Laylah al-qadr
Firman Allah:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1)
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ
أَلْفِ شَهْرٍ (3) تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ
مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (4) سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ (5 ) (سورة القدر،
97: 1-5)
Bermaksud: Sesungguhnya
Kami menurunkannya )al-Quran) pada malam laylah al-qadr. Dan apa yang
mengetahuikan engkau, apa itu malam laylah al-qadr? Malam laylah
al-qadr adalah lebih baik dari seribu bulan. Turun para malaikat dan
Jibril pada malam itu dengan izin dari Tuhan mereka, membawa segala perkara.
Selamatlah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar.
Ada
disebut oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya: Terdapat di kalangan Bani Isra`il
seorang yang pada malamnya sembahyang sehingga subuh, dan pada waktu siangnya
berjihad melawan musuh sehingga petang, dia berbuat demikian selama 1,000 bulan,
lalu Allah turunkan ayat ini yang menunjukkan sembahyang/ibadah pada
malam laylah al-qadr adalah lebih baik dari amalan lelaki Bani
Isra’il tersebut. (Ibn Katir 1999, 8:443)
Ibn
Kathir juga ada menyebut tentang, pada satu hari Rasulullah
s.a.w. ada menyebut kepada para Sahabat, mengenai empat
orang lelaki dari kalangan Bani Israi’l, mereka beribadat kepada Allah selama
80 tahun dan mereka tidak derhaka kepada-Nya walau sekelip mata. Mereka ialah
Ayyub, Zakariyya, Hizqil bin al-`Ajuz dan Yusa` bin Nun, maka para sahabat pun
hairan mengenai perkara itu, lalu malaikat Jibril turun dan berkata: Ya
Muhammad umatmu pelik dengan ibadah mereka yang beribadah 80 tahun
tanpa sebarang maksiat walau sekelip mata, Sesungguhnya Allah telah menurunkan
yang lebih baik dari yang demikian itu, lalu Jibril pun membacakan ayat:
{ إِنَّا أَنزلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ
شَهْرٍ
Ini
lebih baik dari apa yang engkau dan sahabat-sahabatmu hairankan, maka
Rasulullah s.a.w. dan para sahabat gembira
Penjelasan
mengenai:
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Apa
yang dipilih oleh Ibn Jarir al-Tabari, seorang ulama tafsir yang terkenal,
maksud:
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
ialah
beribadah pada malam itu adalah lebih baik dari 1,000 bulan yang tidak terdapat
padanya laylah al-qadr. (Ibn Katir 1999, 8:443)
Penjelasan mengenai:
تَنزلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ
رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ
Pada malm laylah al-qadr itu
para malaikat, termasuk Jibril turun kebumi. Mereka turun kerana pada malam itu
terdapat banyak berkat. Malaikat turun apabila terdapat berkat dan rahmat.
Menurut Qatadah dan lainnya, pada malam itu ditentukan segala perkara,
ditentukan ajal dan rezeki, selaras dengan firman Allah:
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ
(Ibn Katir 1999, 8:443).
Tadarus al-Quran
عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ
عُتْبَةَ أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي
رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام
يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ يَعْرِضُ عَلَيْهِ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ
جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ
الْمُرْسَلَةِ
صحيح البخاري - (6 / 470)
Bermaksud:
Daripada Ibn `Abbas r.a.`.katanya: Adalah Nabi s.a.w. manusia yaang
paling pemurah dengan kebaikan, dan Baginda yang paling
pemurah adalah dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan adalah Jibril
menemui baginda setiap malam pada bulan Ramadhan sehingga Ramadhan berlalu,
Nabi membaca al-Quran kepada Jibril. Apabila Jibril `a.s. menemui Baginda,
Baginda adalah lebih pemurah dari angin yang bertiup kencang (dengan membawa
hujan rahmat).
Di
antara apa yang difahami dari hadith di atas ialah Rasulullah s.a.w. bertadarus
al-Quran dengan Jibril pda malam bulan Ramadhan. Oleh itu kita sebagai umatnya
adalah dituntut untuk bertadarus al-Quran pada bulan Ramadhan yang berkat itu.
Bersedekah
عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ
عُتْبَةَ أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ
يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام يَلْقَاهُ كُلَّ
لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ
السَّلَام كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
صحيح البخاري - (6 / 470)
Bermaksud:
Daripada Ibn `Abbas r.a.`.katanya: Adalah Nabi s.a.w. manusia yaang
paling pemurah dengan kebaikan, dan Baginda yang paling
pemurah adalah dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan adalah Jibril
menemui baginda setiap malam pada bulan Ramdan sehingga Ramadhan berlalau, Nabi
membaca al-Quran kepada Jibril. Apabila Jibril `a.s. menemui Baginda, Baginda
adalah lebih pemurah dari angin yang bertiup kencang (dengan membawa
hujan rahmat).
Nas
di atas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling pemurah
dengan kebaikan, dan Baginda yang amat pemurah sekali dengan kebaikan adalah dalam
bulan Ramadhan. Kebaikan adalah segala sesuatu yang memberi menafa`at.
Rasulullah s.a.w. adalah pemurah dengan segala bentuk kebaikan dunia dan
akhirat untuk Allah dan kerana Allah. Di antara kebaikan itu ialah
membelanjakan harta pada jalan Allah.
Kata
al-Imam al-Nawawi: Sunat menambahkan bersifat pemurah pada bulan Ramadhan
(al-Nawawi 1392, 15: 68
عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا
يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
سنن الترمذى - (3 / 301)
Bermaksud: Daripada
Zayd bin Khalid al-Juhani katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa
yang memberi buka puasa kepada orang yang berpuasa adalah baginya seperti
pahala orang yang berpuasa dengan tidak dikurangkan pahala orang yang berpuasa
sedikitpun.
Hadith
di atas menunjukkan kepada pahala yang amat besar kepada orang yang memberi
buka puasa. Ramadhan adalah bulan untuk berpuasa wajib.
Berdoa
Telah
dijelaskan sebelum ini bahawa doa orang puasa tidak ditolak, begitu juga doa
ketika berbuka adalah mustajab, apatah lagi pada laylah al-qudr yang
lebih baik dari 1000 bulan yang lainnya.
Lain-lain kebaikan
Hadith sahih yang telah
disebutkan sebelum ini:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي
رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام
يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ يَعْرِضُ عَلَيْهِ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ
جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ
الْمُرْسَلَةِ
صحيح البخاري - (6 / 470)
Bermaksud: Adalah
Nabi s.a.w. manusia yaang paling pemurah dengan kebaikan,
dan Baginda yang paling pemurah adalah dalam bulan Ramadhan ketika
Jibril menemuinya, dan adalah Jibril menemui baginda setiap malam pada bulan
Ramadhan sehingga Ramadhan berlalau, Nabi membaca al-Quran kepada Jibril.
Apabila Jibril `a.s. menemui Baginda, Baginda adalah lebih pemurah dari angin
yang bertiup kencang (dengan membawa hujan rahmat).
Telah
dikatakan sebelum ini al-khair iaitu kebaikan adalah segala
bentuk kebaikan dunia dan akhirat. Termasuk dalamnya membelanjakan harta pada
jalan Allah, menyebarkan ilmu yang memberi manafa`at, mendatangkan manafa`at
kepada orang ramai, memberi pertolongan kepada mereka yang
memerlukan dan lain-lain. Jika Rasulullah s.a.w. melebih banyakkan segala bentuk
kebaikkan pada bulan Ramadhan ini maka umatnya adalah dituntut berbuat
demikian.
Menjauhi maksiat.
Sembahyang,
puasa dan lain-lain ibadah yang dilakukan adalah bertujuan untuk menjadikan
pelakunya sebagai orang yang bertakwa yang sifatnya yang terpenting antara lain
ialah menjauhi maksiat.
Mengenai puasa Allah berfirman:
{ا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى
الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183) } [البقرة : 183]
Bermaksud: Wahai
mereka yang beriman difardhukan ke atas kamu puasa sebagaimana difardhukan ke
atas mereka yang sebelum kamu, mudah mudahan kamu bertakwa.
Nas di atas menunjukkan tujuan
berpuasa adalah untuk menjadi orang yang bertakwa.
Dalam hadith pula,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ
حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
صحيح البخاري - (6 / 472)
Bermaksud: Daripada
Abu Hurayrah r.a.`. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang tidak
meninggalkan perkatan palsu (berdusta) dan melakukannya, maka Allah tidak
berhajat bahawa dia meninggalkan makanannya dan minumannya.
Nas
di atas menunjukkan bahawa Allah tidak menerima puasa orang yang bercakap
bohong.
Dalam
hadith yang lain Rasulullah menjelaskan:
كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ
إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ
مسند أ حمد - (19 / 351)
تعليق شعيب الأرنؤوط : إسناده حسن
مسند أحمد بن حنبل - (2 / 441)
Bermaksud: Ramai
dari orang yang berpuasa, tiada dari puasanya kecuali lapar. Dan ramai orang
bangun (dari tidur untuk sembahyang), tiada baginya dari bangun sembahyangnya
kecuali (hanya) berjaga. (tidak mendapat pahala).
Dalam
riwayat yang lain:
عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه و سلم قال :
كم من صائم ليس له من صيامه إلا الظمأ وكم من قائم ليس له من قيامه إلا السهر
قال حسين سليم أسد : إسناده حسن ولكن الحديث صحيح
سنن الدارمي - (2 / 390)
Nas
di atas sama maksud dengan nas yang sebelumnya hanya disebut dahaga ganti dari
lapar.
Dari
dua nas di atas menunjukkan ramai orang berpuasa tetapi apa yang dia dapat
hanya lapar dan dahaga sahaja, tiada pahala baginya. Begitu juga ramai orang
yang sembahyang malam apa yang dia dapat hanya berjaga malam sahaja, tiada
pahala baginya. Ini ialah kerana sembahyang dan puasa begitu juga ibadah-ibadah
yang lain yang sepatutnya menjadikan pelakunya sebagai orang yang bertakwa,
yang sifatnya yang terpenting antara lain ialah menjauhi maksiat tidak ada pada
orang itu, maka sembahyang dan puasanya tidak diterima oleh Allah. Ibadah yang
dilakukan sepatutnya melindungi pelakunya dari melakukan perkara-perkra yang
dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w.:
الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا
يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ
مَرَّتَيْنِ
صحيح البخاري - (6 / 457)
Bermaksud: Puasa
itu adalah perisai, oleh itu maka janganlah orang yang berpuasa itu melakukan
perkara keji dan melakukan perbuatan orang jahil. Jika ada orang yang
mengaduhinya atau memakinya maka hendaklah dia berkata, aku puasa. Diulang dua
kali.
Nas
di atas menunjukkan bahawa puasa itu adalah sebagai perisai yang menyelamatkan
tuannya dari melakukan perkara-perkara yang dilarang iaitu maksiat, apatah lagi
dosa besar.
Nas
yang lain mengenai sembahyang Allah berfirman:
{ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى
عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ } [العنكبوت : 45]
Bermaksud: Dan
hendaklah kamu mendirikan sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu menegah dari
fahsha' dan mungkar.
Fahsha'
ialah perkara-perkara yang amat keji yang tergolong dalam dosa besar, sepeti
zina. Manakala mungkar pula ialah semua perkara yang bertentangan dengan
syarak. Oleh itu sembahyang itu akan mencegah pelakunya dari melakukan dosa
apatah lagi dosa-dosa besar.
Renungilah
hadith berikut:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا
دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ فَقَالَ إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي
يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا
وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا
فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ
حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ
فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ
صحيح مسلم - (12 / 459)
Bermaksud: Daripada
Abu Hurayrah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Adakah kamu mengetahui? Apa
itu muflis? Para sahabat menjawab: Orang yang muflis dari kalangan kami ialah
orang yang tiada dirham dan tiada barang, maka kata Rasulullah: Bahawasanya
orang yang muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada Hari Kiamat
dengan membawa sembahyang, puasa dan zakat, dan dia datang sesungguhnya dia
telah memaki orang ini, menuduh zina orang ini, makan harta orang ini,
mengalirkan darah orang ini dan memukul orang ini, maka dia memberi orang ini
dari kebaikan-kebaikannya, dan orang ini dari kebaikannya, maka jika habis
kebaikan-kebaikannya sebelum ditunaikan apa yang ke atasnya,
diambillah kejahatan (dosa) mereka dan dicampakkan ke atasnya, kemudian dia
dicampakkan dalam neraka.
Nas
di atas menerangkan bahawa orang yang benar-benar muflis dari kalangan umat
Muhammad s.a.w. pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang telah kehabisan pahala
kebaikkan, seperti pahala sembahyang, pahala puasa, pahala zakat dan lain
kerana diberikan kepada oarang-orang yang dizalimi semasa di dunia, setelah habis
pahalanya, tetapi masih banyak lagi kejahatan yang dilakukannya maka dosa orang
yang dizalimi itu dihumbankan ke atasnya, lalu orang itu dicampakkan ke dalam
neraka. Nas di atas juga adalah jelas menunjukkan tidak memadai jika hanya
melakukan kebaikan sahaja tetapi maksiat/kezaliman juga dilakukan.
Ya
Allah! Terimalah sembahyang, puasa dan segala amal kebikan kami. Ya Allah!
Jadikanlah kami dari golongan orang yang mendapat limpah kurniaan kebaikan-Mu
pada bulan yang berkat ini, seterusnya pada bulan-bulan yang lainnya. Ampunilah
dosa kami. Jadikanlah sembahyang, puasa dan ibadah-ibadah yang lain
serta amal-amal salih yang lainnya menjadikan kami sebagai orang yang bertakwa,
melaksanakan perintah-Mu dan menjauhi larangan-Mu.
Amin. Ya Rabb
al-`alamin!.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله
وأصحابه اجمعين. والحمد لله رب العالمين.
Disediakan oleh:
Dr. Udah bin Mohsin
Masjid al-Istiqamah,
Sungai Merab Luar,
43000, Kajang, Selangor,
Darul Ehsan.
Rujukan:
Abu Daud, Suliman bin
al-Ash’ath. T.T. Sunan Abi Daud. Al-Maktabah al-Shamilah.
Ahmad bin Abu Bakr bin
Ismail al-Busiri. T.T. Ittihaf al-Khiyarah al-Maharah. Al-Maktabah
al-Shamilah.
Ahmad bin Hambal.
1999/1420. Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal, tahqiq al-Arnawut.
Muassasah al-Risalah
Al-Bukhari, Muhammad bin
Ismail. T.T. al-Jami` al-Sahih al-Musnad Min Hadith Rasul Allah
S.A.W. Wa Sunanih Wa Ayyamihn (Sahih al-Bukahri). Al-Maktabah
al-Shamilah
Al-Bukhari, Muhammad bin
Ismail di dalam Ibn Hajar, T.T. Sahih al-Bukhari di dalam Fath
al-Bari. Al-Qahirah:Al-Maktabah al-salfiyyah.
Al-Darimi, Abdullah bin
Abd al-Rahman. 1966/1386. Sunan al-Darimi. Al-Qahirah: Sharikah
al-Tiba’ah al-Fannayyah al-Muttahidah.
Ibn Abd al-Salam, `Iz
al-Din, `Abd al-`Aziz bin `Abd al-Salam. 1996/1416. Tafrsir al-`Izz bin
`Abd al-Salam Tfsir al-Quran tahqiq Dr. Abd Allah bin Ibrahim. Bayrut:
Dar Ibn Hazm.
Ibn Hibban, Muhammad bin
Hibban. T.T. Sahih Ibn Hibban Bi Tartib Ibn Balaban, tahqiq
Shu`yab al-Arnawut. Muassasah al-Risalah.
Ibn Kathir, Ismail bin
Umar. 1999/1420. Tafsir al-Quran al-‘Azim. Al-Maktabah al-Shamilah
Ibn Khuzaymah, Muhammad
bin Ishaq bin Khuzaymah. 1970/1390. Sahih Ibn Khuzaymah, Ahkam
al-Ahadith Li al-A`zami wa al-Albani. Bayrut: al-Maktab al-Islami
Ibrahim al-Qattan t.t.
Taysir al-Tafsir. Al-Maktabah al-Shamilah.
Muslim bin al-Hajjaj. T.T.
al-Jami` al-Sahih al-Musamma Sahih Muslim. Al-Maktabah al-Shmilah
Muslim bin al-Hajjaj.
1955/1374. Sahih Muslim, tahqiq Muhammad Fuad Abd al-Baqi.
Al-Qahirah: ‘Isa al-Babi al-Halabi.
Muhammad bin Salaih
al-`Uthaymin. T.T. Shrh Riad al-Salihin. Al-Maktabah al-Shamilah.
Al-Tirmidhi, Muhammad bin
`Isa bin Surah. T.T. Sunan al-Tirmidhi. Al-Maktabah
al-Shamilah.
Malik bin Anas.
1991/1413. Muawtta’ al-Imam Malik, Dr. Taqiyyuddin al-Nadawi.
Dimisq: Dar al-Qalam.
Al-Nasa’i, Ahmad bin Shu’ayb. T.T. Sunan
al-Nasa’i Sharh al-Suyuti. Al-Qahirah: al-Matba’ah al-Misriyyah.
Al-Nawawi, Yahya bin Sahraf. T.T. al-Majmu’
Sharah al-Muhadhdhab. Al-Qahirah: Matba’ah al-‘Alamiyyah.
Al-Nawawi, Yahya bin Sharaf. T.T. Sharh
al-Nawawi `Ala Sahih Muslim. Al-Qahirah: al-Matba`ah al-Misriyyah Wa
Maktabatuha.
Subscribe to:
Posts (Atom)