SELAMAT DATANG..... WELCOME..... AHLAN WA SAHLAN ..... 欢迎光临..... வரவேற்பு..... BIENVENUE..... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE BLOG KAMI

Wednesday 17 July 2013

TAQWA ADALAH SUATU YANG MAHAL.. MARILAH MILIKI PAKEJ UNTUK MENJADI TAQWA SEBENAR




Pengajaran Dari Surah Al Mukminun (ayat 1 – 11)

Berikut adalah catatan ringkas yang dapat dikongsi bersama: Berpuasa itu hasilnya agar beroleh ketaqwaan. Nak dapat taqwa tu bukan mudah. Taqwa itu merupakan ciri-ciri orang beriman. Setiap mukmin hendaklah memiliki pakej yang lengkap supaya beroleh taqwa yang sebenarnya. Nilai pakej mukmin yang Berjaya lagi bertaqwa itu disebutkan dalam surah al mukminun ini.
سُوۡرَةُ المؤمنون

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢)وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ (٣) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِلزَّكَوٰةِ فَـٰعِلُونَ (٤)وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَـٰفِظُونَ (٥) إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٲجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُہُمۡ فَإِنَّہُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ (٦)فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ (٧) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَـٰنَـٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٲعُونَ (٨) وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَوَٲتِہِمۡ يُحَافِظُونَ (٩) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡوَٲرِثُونَ (١٠)ٱلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلۡفِرۡدَوۡسَ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ (١١)

1.Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1)
2.Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2)
3.Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (3)
4.Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). (4) 5.Dan mereka yang menjaga kehormatannya. (5)
6.Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. (6) 7.Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. (7)
8.Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. (8)
9.Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. (9)
10.Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. (10)
11.Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (11).

Surah al-Mu’minun itu keseluruhannya diturunkan di Mekah, kecuali ayat 75-77 sahaja diturunkan di Madinah. Ayat 1-11 surah al-Mu’minun itu memperkatakan tentang tujuh perkara utama yang menyebabkan seseorang itu berjaya atau tujuh sifat mulia.

Pertama, mereka yang beriman itu akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan kerana mereka membenarkan Allah, rasul dan hari akhirat dan mendapat balasan syurga yang kekal selamanya. Mengekalkan keimanan. Orang yang beriman yang Berjaya hendaklah memiliki ciri-ciri berikut

Kedua, mereka yang khusyuk dalam solat dengan memberi tumpuan untuk mengingati Allah terhadap kebesaran-Nya dan takutkan azab-Nya. Cuba semak diri sendiri dah khusyuk ke belum solat kita. Kusyuk adalah anugerah. Ramai antara kita ketika solat buat “dosa”..mengata dalam solat, menerawang sampai London, mengingati selain Allah dan macam2.. berusahalah kearah mencari khusyuk..memohon kepada Allah agar beroleh khusyuk dalam solat. Selagi masih belum khusyuk.. kita belum menjadi mukmin yang Berjaya. ORANG KHUSYUK IALAH MAKIN LAMA SOLAT MAKIN SUKA..MAKIN SERONOK. JIKA MAKIN LAMA MAKIN PENAT..MAKIN BORING, MAKIN NAK CEPAT HABIS.. TU TANDANYA BELUM ADA KHUSYUK.

 Ketiga, mereka yang menjauhi perkara-perkara yang melalaikan. Contohnya seperti bohong, mencela, senda gurau, kelakar, berbual kosong, lawak jenaka dan sebagainya. Macam-macam aktiviti hari ini yang dikira sia-sia. Lebih-lebih lagi kata-kata dari mulut kita. Lidah tak bertulang

Keempat, mereka yang mengeluarkan zakat sebagai tanda menyucikan diri dan harta daripada sifat kedekut dan mementingkan diri tertutamanya. Harta kita yang sebenar ialah yang kita belanjakan, infaqkan dijalan Allah. Melalui zakat dan sedekah kita dapat pahala yang berterusan  walaupun kita dah mati. Harta yang disimpan banyak2 yang ditinggalkan silap2 menjadi bala dan dosa pula bila harta tersebut menjadi rebutan dan digunakan dijalan yang kita pun tak tahu.

Kelima, mereka yang menjaga kehormatan mereka daripada segala perbuatan maksiat seperti berzina, homoseks dan sebagainya yang diharamkan oleh Allah. Nafsu sex hendaklah disalurkan dengan cara yang halal. Menikah jalan terbaik.

Keenam, mereka yang menjaga amanah dan janji iaitu apabila diberi amanah tidak khianat dan apabila berjanji ia tidak pula mungkir. Terlalu banyyak amanah yg kita pikul, amanah sebagai bapa, sebagai ibu, sebagai anak, sebagai penjawat awam, penjawat mana-mana tugas kemasyarakatan dan sebagainya. Laksanakan amanah tersebut. Jangan pegang jawatan tak buat kerja.

Ketujuh, mereka yang menjaga solat. Menunaikan solat tepat pada waktunya dan sempurna rukun-rukunnya. Solat adalah fardhu, rukun islam dan solat juga tiang agama. Mukmin yang Berjaya akan sentiasa jaga solatnya. Ditambah dengan yang sunat.

Kesimpulannya, untuk menjadi seorang mukmin yang berjaya ketujuh-tujuh perkara sifat ini perlu ada dalam diri seorang mukmin supaya dapat menjadi seorang hamba yang taat dan patuh kepada perintah Allah dan dikasihiNya dan menjadi hamba yang memperoleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Moga puasa Ramadhan kali ini dapat membina dan meningkatkan nilai sebenar keimanan dan menjadi mukmin yang benar-benar Berjaya. Amin

No comments:

Post a Comment